Dikec4m Isteri Pakai S*ksi, Daddycap Terima Isteri Seadanya

Tak sampai sebulan mendirikan rumah tangga, penyanyi rap Daddycap mengakui menerima banyak mesej dan komen daripada netizen supaya menegur isterinya, Farra Inalis supaya menutup aurat.

Baru-baru ini, Cap ada menjawab pertanyaan netizen merujuk kepada tindakan isterinya ang dilihat gemar berpakaian seksi di media sosial.

Cap berkata dia menerima isterinya seadanya sama juga bagaimanapun isterinya menerima dirinya serta masa lampaunya.

“Begini, sebelum berkahwin pun, saya terima dia untuk siapa dirinya yang lepas, siapa dirinya yang sekarang dan siapa dirinya yang saya harapkan akan jadi.

“Begitu juga dengan bagaimana dia menerima diri saya ini. Untuk siapa diri saya pada masa lampau, siapa diri saya sekarang dan juga siapa saya pada masa akan datang,” katanya.

Ddalam pada itu, Cap turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang prihati dengan keluarganya serta percaya bahawa seseorang itu boleh berubah menjadi manusia lebih baik.

“Saya cuma nak anda semua tahu bahawa saya percaya, semua orang akan mahu berubah menjadi manusia yang lebih baik. Semua orang pada satu tahap akan berhijrah. Tak ada orang nak berada di satu tempat sahaja.

“Sebab, itu akan jadi membosankan.InsyaAllah, kami sedang cuba berubah ke arah yang lebih baik,” katanya.

Terdahulu, Cap berkata dia sudah pun memberi teguran namun dia tidak akan memaksa isterinya. Ujarnya, dia mahu isterinya bertudung kerana Allah, bukan kerana dirinya mahupun netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber: rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *