“Fazley Yaakob tersingkir GV8” -Netizen akhirnya dapat tidur lena, tiada lagi radio buruk

MENEPATI ramalan ramai, penyanyi Datuk Fazley Yaakob menjadi peserta kedua yang gagal meneruskan saingan dalam program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada malam Ahad.

Fazley yang menyanyikan lagu Mahligai Syahdu nyanyian asal Datuk Hattan semasa konsert minggu keempat terpaksa berpuas hati dengan markah sebanyak 50 peratus.

Menurut juri tetap Datuk Syafinaz Selamat, nyanyian Fazley pada kali ini adalah yang terbaik sepanjang berada di dalam program tersebut namun masih banyak yang perlu dibaiki.

“Antara semua persembahan selama empat minggu, ini yang paling bagus. Walaupun pada bahagian pembukaan agak shaky, tapi lepas itu baru awak dapat catch up balik.

WhatsApp Image 2021-12-13 at 12.05.18 AM

Antara komen nakal netizen di Twitter.

“Apabila menyanyi memang kita kena mendalami perasaan itu tapi ketika di atas pentas kita tak ada pilihan iaitu perlu fokus.

“Lepas ni awak nak teruskan menyanyi atau setakat ini sahaja? Kalau masih serius nak menyanyi tolong ambil kelas vokal,” kata Syafinaz.

Sementara itu rata-rata netizen di Twitter melahirkan rasa gembira dengan keputusan juri memberikan markah terendah kepada Fazley yang juga merupakan seorang cef selebriti.

Kalau masih serius nak menyanyi tolong ambil kelas vokal.

DATUK SYAFINAZ SELAMAT

JURI

Kata mereka, Fazley lebih sesuai meneruskan kerjaya dalam bidang masakan berbanding nyanyian.

“Saya dapat tidur lena apabila dapat tahu cef itu sudah tiada dalam program itu lagi.

“Minggu depan baru betul game on selepas Fazley terkeluar, pertandingan yang sebenar baru bermula.

265879260_441181204145337_3682816124841631155_n

Persembahan memukau daripada Adiah Noor.

“Tak mengapa Datuk, bertahan sampai minggu keempat dianggap satu pencapaian untuk orang yang lama tak menyanyi. Thumbs up!” demikian antara komen netizen.

Bagaimanapun Fazley sendiri seakan sudah menjangkakan dia akan meninggalkan pentas GV8 selepas persembahan minggu keempat.

“Kepada mereka yang nak tengok saya berhenti menyanyi dan memasak… jemput datang ke bistro saya,” katanya.

Dalam pada itu, Adibah Noor mendapat markah tertinggi iaitu 78.10 peratus diikuti Nikki Palikat (76.6) dan Suki Low (75).

266536171_929356951036767_5162404938433002261_n

Suki turut memberikan persembahan mantap menerusi lagu Jampi.

Dalam minggu keempat Adibah Noor menyampaikan lagu Jika nyanyian Melly Goeslow, Nikki (Zombie/Cranberries), Suki (Jampi/Hael Husaini).

Selain Syafinaz, dua juri tetap iaitu pengarah terkenal Datuk Ramli MS dan Heyty Koes Endang bersama seorang juri jemputan Datuk Seri Shah Rezza.

GV8 masih mengekalkan Nabil Ahmad bersama Jihan Muse sebagai hos.

Anugerah Digi Next Level dimenangi oleh Shidee manakala pemenang Cuckoo Sa.Ya.

Juara bakal membawa pulang hadiah waNg tunai RM100,000 beserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 untuk tempat ketiga.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.