Lali Dengan Tvduhan ‘Penungg4ng Agama’,, Linda Rafar Ded4h Tujuan Dia Berniqab

Penampilan terbaru pelakon dan penyanyi, Linda Rafar menjadi perhatian apabila tampil berniqab. Mengakui selesa menutup sebahagian wajahnya, namun Linda tidak pernah mengisytiharkan dirinya berniqab sepenuhnya.

Kata Linda lagi, dia sedar ramai netizen melabelkan dirinya penunggang agama kerana tampil berniqab dan pada masa sama menjalankan perniagaan hijab menerusi jenama LR Hijab.

Bagaimanapun, dia enggan peduli dengan mulut netizen kerana baginya yang penting niatnya untuk mencari rezeki yang halal.

PETALING JAYA, 22 NOVEMBER 2021 – Sesi fotografi bersama Linda Rafar di Studio Media Mulia, Quattro West di sini, hari ini. Gambar; MUHAMAD IQBAL ROSLI/Pemberita; HAIKAL

“Ustaz kata kepada saya, jual tudung dapat pahala dan jual niqab lagilah berganda pahala itu. Niat saya memang sudah tentu nak cari rezeki yang halal. Kalau orang label saya penungg4ng agama, itu mulut mereka dan saya tak boleh kawal.

“Buka tudung atau tidak memelihara aurat itu yang berdos4. Keputusan mana-mana wanita untuk tidak lagi berniqab atau sebaliknya tidak menjadi satu kesalahan atau dosa pun. Itu kata ustaz yang saya rujuk,” katanya.

Jelas Linda lagi, apa yang dilakukannya itu adalah berlandaskan rasa taat kepada Allah, bukan kerana manusia. Ujarnya lagi, keputusannya untuk berniqab adalah untuk elakkan daripada terkena penyakit ain.

“Saya dah lali dengan kritikan dan kec4man orang. Nak fikir mulut orang memang sampai bila-bila takkan habis. Ada yang cakap saya tak layak pakai niqab. Penyakit ain ini boleh membawa kem4tian. Orang puji tak boleh, orang kvtuk pun tak boleh.

“Sebab itu saya amalkan menutup sebahagian besar wajah dengan berniqab, sebab nak elak terkena peny4kit 4in,” katanya.

Dalam pada itu, Linda berkata suaminya, pelakon Syed Aiman sedang menderit4 peny4kit tersebut sehingga mengalami kemvrungan namun kini semakin pulih.

“Suami saya kena peny4kit ain tervk sampai alami kemvrungan, sukar nak bernafas dan mudah berasa resah secara tiba-tiba.

“Dah rujuk dengan ustaz dan dia mengesahkan suami saya memang terkena penyakit ain. Keadaan suami memang tak macam dulu dah. Kalau dulu dia sayang motor berkuasa tingginya, sekarang dia dah tak ambil kisah tentang itu,” katanya

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.