Muka Iras DSV Tapi Lebih Muda Dan Cantiik, Wanita ‘Ris4u’ Dicari Iqbal Pula

Kita selalu dengar bahawa ada tujuh orang di dunia ini mempunyai kemiripan rupa yang hampir sama dengan kita. Namun, ia bukanlah semudah itu untuk dijumpai kerana biasanya hanya iras-iras sahaja.

Hal ini samalah seperti yang dihadapi oleh seorang pengguna TikTok apabila video-video yang dimuat naik ke aplikasi TikTok sering menerima komen mengatakan dirinya seakan serupa dengan usahawan kosmetik terkenal, Dato Seri Vida.

Menerui perkongsian daripada pengguna TikTok dikenali sebagai @qistinafareys, dia memaklumkan ‘risau’ dicari oleh Iqbal iaitu bekas pembantu peribadi usahawan kosmetik tersebut yang sentiasa tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

Video

Qistina L Fareys yang memuat naik video tersebut juga kelihatan hampir ‘sama’ dengan DSV apabila membuka mulut untuk ketawa mengikuti suara asal usahawan itu.

Walaupun tidaklah serupa dengan DSV, namun apabila dia membuat pose trademark usahawan tersebut, bibirnya kelihatan mirip dan membuatkan ramai tergelak sama.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet mengakui yang mereka kelihat sama namun versi berbaju hitam kerana usahawan itu terkenal dengan imej ceria apabila gemar memakai pakaian berwarna cerah.

Tak hanya itu, mereka juga khuatir Iqbal datang melamar pengguna TikTok terbabit kerana pemuda tersebut pernah mempunyai cerita cinta dengan DSV sebelum ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : https://www.dnq.pw/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *