[VIDEO] Buat Silap Mata Dengan Anak-Anak, Jep Sepahtu Dipuji Cara Layan Semua Anak

Pelawak dan penyampai radio yang mesra dengan panggilan Jep ini bukanlah baru dalam industri hiburan tanah air. Personalitinya yang selamba dan tidak sombong membuatkan dia antara pelawak yang disenangi ramai.

Bukan sahaja sering menghiburkan orang ramai menerusi rancangan sitkom Sepahtu Reunion, malah suara dan lawak Jep juga boleh didengari menerusi Sinar FM. Malah peminatnya sendiri boleh melihat pelbagai ragam Jep ini yang mana videonya dikongsikan oleh isteri dan selebriti, Sari Yanti.

Terbaharu, satu rakaman yang memaparkan Jep Sepahtu buat silap mata dimuat naik oleh isterinya, Sari Yanti telah membuatkan ramai terhibur. Dalam video itu kelihatan Jep buat silap mata di depan anak-anaknya sambil dirakamkan oleh Sari.

Berikut adalah perkongsian rakaman telatah Jep Sepahtu yang menghiburkan ini:

Rakaman tersebut membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimana Jep Sepahtu buat silap mata tersebut. Malah video yang dimuat naik di Instagram Sari Yanti ini telah meraih lebih 500 ribu tontonan. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Adoi ngekek tengok. Happy family”

Jep Sepahtu buat magik 4

“Wow pelik ah macam mana kain tu tetiba boleh ada kat belakang budak tu eh. Pandai abah buat magic”

Jep Sepahtu buat magik 3

“Amazing! Nasib baik kulit abah sama kaler dengan ibu jari ajaib tu”

Jep Sepahtu buat magik 2

“Terer la abah buat magic”

Jep Sepahtu buat magik 1

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.