Lama Tertangguh, Akhirnya Penjaga Gol KL City Penuhi Hasrat Bersanding Tapi Istimewanya Mereka Bertiga

Penjaga gol pasukan Kuala Lumpur City (KL City), Khatul Anuar Md Jalil akhirnya dapat memunuhi hasratnya untuk bersanding di atas pelamin selepas sekian lama tertangguh.

Menariknya, Khatul Anuar dan isterinya, Nurul Ain Ahmad Petari, tidak bersanding berdua sebaliknya ditemani cahaya mata, Khalish Arjuna Khatul Anuar yang lahir pada 18 Mac lalu.

Majlis persandingan itu diadakan di sebuah dewan, pada Jumaat lalu dan dihadiri 600 tetamu terdiri daripada keluarga dan rakan terdekat.

Idea bersanding dengan anak datang daripada isteri. Saya ikut saja dan kami yang tempah persalinan lengkap dengan tanjak untuk anak juga sempena majlis itu.

Kisahnya mendapat perhatian selepas Khatul Anuar berkongsi gambar persandingan berkenaan di media sosial.

Majlis cukup istimewa dan saya anggap ia sebagai memori terindah serta rezeki kami dapat cahaya mata awal.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KA (@khatulanuar)

Terdahulu, Khatul dan isteri diijabkabulkan pada 7 Julai 2020 di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, lewat sebulan daripada dirancang kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : https://beautifulnara.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *