“Nasib Baik Janna Nick Tak Makan” – Noreen Termakan Sandwich Ada P0rk Belly? Ini Sebenarnya Hukumnya

Kecoh di media sosial apabila selebriti media sosial dan pelakon, Noreen Iman secara tidak sengaja menjamah sandwich yang mengandungi ‘pork belly’ atau perut b4bi.

Menerusi hantaran yang dikongsikan menerusi Instagram Story, Noreen memberitahu yang dia membeli sandwich berkenaan kerana tidak tahu kandungan sandwich berkenaan ada unsur tidak halal.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NORREEN IMAN (@norreen143)

Perkara itu sekali gus membuktikan ‘influencer’ tersebut tidak sengaja untuk memakan daging berkenaan.

Susulan itu, timbul persoalan orang ramai mengenai hukum sebenar sekiranya termakan daging berkenaan tanpa sengaja.

Untuk makluman, menerusi laporan pernah dikeluarkan, dalam al-Quran Surah al-Baqarah ayat 173, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud;

“Sesungguhnya Allah hanya mengh4ramkan bagimu bangkai, darah, daging b4bi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah.”

Walaupun begitu, Allah memaafkan kesalahan yang tidak sengaja dilakukan oleh hamba-Nya, termasuk makan daging b4bi.

Perkara itu dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 173 yang bermaksud;

“Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Oleh yang demikian, jika umat Islam makan daging b4bi kerana tidak tahu atau tidak sengaja, maka ia tidak dikira sebagai dosa di sisi Allah SWT.

Bagi mengelak daripada tidak sengaja termakan daging yang h4ram, orang ramai perlu tahu membezakan antara daging b4bi dengan protein halal yang lain.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *