[VIDEO] “Adakah Aku Manusia?” -Gelagat Oyen Termenung Tengok Cermin Sambil Berdiri Buat Ramai ‘Geram’

Biasanya bila bercakap tentang si oyen atau kucing berwarna oren, pastinya pelbagai cerita tentang kenakalan mereka yang lebih banyak dikongsikan. Namun lain pula halnya dengan si oyen ini yang membuatkan netizen ‘cair’ dengan kecomelannya yang pandai berdiri seperti manusia.

Video tersebut juga kini tular dikongsikan sehinggakan ianya meraih lebih dari sejuta tontonan setakat ini. Malah rata-rata netizen turut memuji kecomelan si oyen ini yang mampu berdiri dalam masa yang lama dan sangat jarang dilihat pada kucing.

Video

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik kucing itu berkongsikan gelagat kucingnya itu yang mencuri tumpuan ramai baru-baru ini. Turut dapat dilihat, seekor kucing berwarna oren yang sangat comel dan dibawa ke mana-mana sahaja mengikut pemiliknya.

Lebih melucukan, si oyen ini juga mampu berdiri dengan sendiri mengalahkan seorang manusia biasa. Malah dia juga turut dilihat berdiri dalam masa yang lama semasa dirakamkan.

oyen berdiri

Tidak cukup dengan itu, kucing itu kemudian dilihat berdiri di hadapan cermin sekaligus membuatkan netizen berdekah melihatnya. Sehinggakan netizen turut sama berasa hairan dan terkejut melihat bagaimana kucing itu mampu berdiri seperti itu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut ‘geram’ melihat kecomelan si oyen ini ditambah pula dengan skill berdirinya itu. Ada juga netizen yang tertanya-tanya macam mana pemiliknya mengajarkan kucing itu berdiri seperti ini.

“Amboi pandai berdiri eh dia.”

kucing

“Macam mana dia boleh berdiri…”

oyen

“Eh asal dia tengok cermin weh sambil berdiri.”

komen

“Comelnya dia berdiri.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.