“Saya teringin ke Legoland, sebelum akhir hayat saya” -Tular permintaan terakhir adik Adam, Ini respon Legoland Malaysia

Johor Bahru: Legoland Malaysia berhasrat menunaikan impian pesakit jantung terbalik atau Mitral Valve Atresia, Mohd Adam Amsyar Abd Rahman, 9, yang mahu mengunjungi taman tema berkenaan.

Perkara itu dikongsi wakil taman tema itu yang menghubungi wartawan NSTP bagi mendapatkan maklumat lanjut Mohd Adam Amsyar dan keluarganya.

Wakil Legoland Malaysia berkata, pihak taman tema itu sedang menguruskan perincian bagi membolehkan Mohd Adam Amsyar dan keluarganya dibawa ke taman tema berkenaan dalam masa terdekat.

“Legoland Malaysia terharu membaca kisah Mohd Adam Amsyar dan mahu menunaikan impiannya.

“Kami sedang memproses beberapa butiran lanjut termasuk prosedur operasi standard (SOP) berikutan keadaan Mohd Adam Amsyar yang tidak boleh berjalan jauh dan cepat letih.

“Insya-Allah impian adik Mohd Adam Amsyar akan kami tunaikan dalam masa terdekat,” katanya ketika menghubungi NSTP.

Hari ini Harian Metro melaporkan, kisah Mohd Adam Amsyar, seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun di Kampung Parit Haji Ahmad, di sini, menderit4 peny4kit j4ntung terbalik atau Mitral Valve Atresia, yang menyebabkannya sering ses4k n4fas serta kelet1han.

Mitral Valve Atresia adalah kecacatan jantung kongenital yang amat jarang berlaku, ia menyebabkan injap mitral jantung tidak dapat berfungsi dengan betul.

Bapanya, Abd Rahman Ahmad, 47, dilaporkan berkata, penyakit Mohd Adam Amsyar hanya dapat dikesan ketika usianya tujuh tahun dengan pakar meramalnya tidak mempunyai jangka hayat yang panjang.

Video

Beberapa individu perseorangan, selebriti, syarikat korporat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil mahu membantu Mohd Adam Amsyar selepas tersiarnya kisah hasratnya untuk ke Legoland sebelum hayatnya berakhir.

Sementara itu, Abd Rahman ketika dihubungi berkata, beliau terharu dan tersentuh dengan apabila orang ramai termasuk taman tema serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tampil mahu memberi bantuan selepas kisah anaknya disiarkan media.

Katanya, beliau terkejvt dan segan apabila ramai pihak yang menghubunginya untuk menunaikan hasrat anak bongsunya itu.

“Saya terharu dan segan sebenarnya. Saya bukan mahu meraih simpati dan mahukan bantuan dengan menceritakan penyakit Adam tetapi lebih kepada berkongsi kisahnya.

“Wakil Legoland Malaysia juga baru hubungi saya tadi memaklumkan mahu membawa keluarga ke taman tema itu dalam masa terdekat.

“Hanya Allah yang dapat membalas budi tuan-tuan semua,” katanya sebak.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.