Ariff Bahran Cium Dahi Seorang Wanita Ketika Persembahan ‘Live’, Ini Rupanya Cerita Sebenar!

DALAM diam-diam penyanyi Ariff Bahran rupa-rupanya sudah bergelar suami kepada seorang wanita dikenali sebagai Amirah Syazwani Ridzuan sejak tiga bulan lalu.

Menurut wakil pengurusan Rusa Music iaitu Ira, Ariff atau nama sebenar Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 23, selamat disatukan dengan Amirah di Jabatan Agama Islam Shah Alam, Selangor pada 3 September lalu.

ariff 2

Ariff Bahran bawa isteri di atas pentas nyanyian.

Berita perkahwinan itu diumumkan oleh pengacara Ain Edruce dan Nabila Huda semasa malam Anugerah Drama Sangat 2021 yang bersiaran secara langsung di TV3 pada malam Sabtu.

Ain membuat penjelasan itu selepas Ariff dilihat mencium dahi seorang wanita semasa menyanyikan lagu Bicara Rasa bersama rakan duet, Sarah Suhairi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.