“Siap Mengeluh Lagi Tu…” -Perempuan Mmg Tak Kelakar Ke? Budak Beri Reaksi Hambar Pada Lawak Ibu

Kanak-kanak biasanya sangat naif dan berterus terang dalam menyuarakan perasaan mereka berbanding orang dewasa. Baru-baru ini pula, gelagat seorang kanak-kanak yang dengan selambanya memberikan reaksi hambar pada lawak dari si ibu berjaya membuatkan netizen berdekah melihatnya.

Bukan sahaja tidak melayan lawak tersebut malah dia juga siap membuat reaksi wajah yang hambar semasa melihat cubaan si ibu ini. Video tersebut turut mencuit hati netizen apabila ramai yang terhibur melihat reaksi berani dari kanak-kanak itu.

Video

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita itu berkongsikan reaksi anaknya semasa mendengar lawak yang dilakukan dia dan suaminya. Semasa suaminya membuat lawak, dapat dilihat kanak-kanak itu kelihatan begitu terhibur malah siap berdekah melihatnya.

Namun apabila tiba giliran si ibu pula, kanak-kanak itu hanya memberikan reaksi wajah yang hambar dan langsung tidak terhibur. Walaupun wanita itu cuma mengulang semula lawak sama seperti yang dilakukan oleh suaminya ini.

lawak

Lebih melucukan, kanak-kanak itu siap mengeluh dan kelihatan seperti malas mahu melayan lawak dari si ibu. Melihatkan pada reaksi anaknya ini, wanita itu turut meluahkan rasa tidak puas hatinya sekaligus membuatkan ramai berdekah melihatnya.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat reaksi selamba dari kanak-kanak itu. Malah ada yang berseloroh memuji keberanian kanak-kanak itu memberikan reaksi hambar pada ibunya.

“Hahaha siap mengeluh lagi tu.”

reaksi

“Penat mengandungkan 9 bulan sekali tak nak gelak lawak mak dia ish budak kecik ni.”

kanak-kanak

“Mak mak buat kelako mesti tak jadi.”

komen

“Muka tu cover sikit dik.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.