Cuti Kecem4san Dan Bantuan RM1000 Untuk Setiap Ketua Isi Rumah Terjejas Banjir

TERKINI: Bantuan Wang Ihsan RM1000 Untuk Setiap Ketua Isi Rumah Terjejas Banjir & Pengumuman Cuti Kecemasan

(SIDANG MEDIA PERDANA MENTERI TENTANG PERKEMBANGAN & BANTUAN MANGSA BANJIR DI SELANGOR, KUALA LUMPUR & NEGERI-NEGERI BERKENAAN, 19 DISEMBER 2021)

Kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan awal RM100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain, umum Perdana Menteri, DS Ismail Sabri dalam sebuah sidang media terkini.

Bantuan ini turut melibatkan Bantuan Wang Ihsan, di mana setiap ketua isi rumah terjejas banjir akan menerima sumbangan RM1000.

bantuan banjir rm1000

Dalam sidang media berkenaan, Perdana Menteri DS Ismail Sabri turut mengumumkan cuti kecemasan esok kepada kakitangan awam yang terkesan dengan insiden banjir susulan hujan lebat sejak kelmarin.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut berharap tindakan sama dibuat pihak swasta kepada pekerja yang terlibat dalam bencana tersebut.

cuti kecemasan banjir

Dalam pada itu, difahamkan GLIC dan GLC juga akan bekerja sama dengan kerajaan dengan menyediakan geran padanan untuk membantu mangsa-mangsa banjir dalam membuat bayaran balik, terutamanya di negeri terjejas teruk seperti Selangor, Perak, Kelantan dan Pahang.

Antara rangkuman intipati dalam sidang media beliau sebentar tadi:

  • Setiap ketua isi rumah terjejas banjir akan menerima bantuan sumbangan RM1,000
  • Jumlah mangsa banjir berlindung di 103 PPS di 8 daerah seluruh Selangor meningkat 15,000 hari ini
  • Kerajaan setuju sediakan peruntukan awal RM100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain
  • Kerajaan bersetuju beri cuti kecemasan akibat bencana kepada penjawat awam terkesan banjir
  • Majikan swasta disaran beri cuti dan tidak memotong gaji atau cuti tahunan pekerja terjejas
  • Perlu ada pasukan Kementerian Kesihatan di setiap Pusat Pemindahan Sementera

Rujuk sidang media penuh dalam video di bawah:

Orang awam digalakkan melayari laman Public Info Banjir untuk mengetahui maklumat terkini banjir.

Klik ke laman web dikelola Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang memaparkan maklumat terkini bencana banjir, amaran hujan lebat dan paras air sungai di seluruh Malaysia: https://publicinfobanjir.water.gov.my/

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : BERNAMA , Buletin TV3

Leave a Reply

Your email address will not be published.