“Rakyat Bersatu Hadap Musib4h.. Ahli Politik Bersatu Bila Ada Pilihan Raya….”- Sheila Majid

Ratu Jazz negara, Datuk Sheila Majid tampil menitipkan harapan kepada pihak kerajaan untuk melakukan perancangan sewajarnya berikutan hanya menteri dapat meluluskan sesuatu perkara untuk bergerak pada peringkat seterusnya.

“Ahli Politik Bersatu Bila Ada Pilihan Raya”

Menerusi Insta Stories, Sheila menyifatkan rakyat di negara ini akan bersatu padu apabila musibah berbanding ahli politik yang hanya bersatu apabila tibanya musim pilihan raya.

“Nak tengok bila masa rakyat bersatu, bila datangnya musibah.

Nak tengok bila masa ahli politik bersatu. Bila datangnya pilihan raya”- kongsi Sheila

Gesa Pihak Terlibat Wujudkan Pasukan Petugas Krisis Negara

Tambahnya lagi, dia mencadangkan kepada pihak terlibat untuk mewujudkan pasukan petugas yang terdiri dari pakar yang arif menguruskan krisis negara selain mengerahkan tentera untuk tenaga kerja mencari dan menyelamatkan mangsa banjir yang masih terkandas.

“Wujudkan pasukan petugas yang terdiri daripada pakar yang terdiri daripada pakar yang tahu cara menguruskan krisis negara. Kerahkan tentera untuk tenaga kerja jika diperlukan.

Menghantar pasukan mencari dan menyelamat mangsa banjir yang masih terkandas”- kongsinya lagi

Selain itu, Sheila turut berkata mangsa banjir ketika ini tidak memerlukan wang namun memerlukan bantuan daripada  orang ramai yang kekurangan pelbagai sumber kelangsungan hidup.

“Orang ramai tidak memerlukan wang sekarang, mereka memerlukan pertolongan. Beri mereka sedikit jaminan bahawa mereka tidak bersendirian.

Orang ramai masih terperangkap di rumah mereka yang dinaiki air, ada yang masih terperangkap di atas bumbung tanpa air bersih dan elektrik!”- tegasnya

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : muraimy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *