[VIDEO] “Arwah Mesti Tersenyum Dari Atas Sana” -Uwais Menang Tanpa Ibu Disisi Buat Netizen Jadi Seb4k

Semalam, Shuib berkongsi video dan foto kemenangan anaknya, Uwais dalam sebuah pertandingan golf. Menerusi video tersebut, rata-rata netizen tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat momen terdahulu arwah Siti Sarah menemani anaknya itu ketika berlatih dan menyertai pertandingan golf.

Uwais menang

Difahamkan, Uwais telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan ‘Palm Resort Junior Open Golf Championship’ baru-baru ini. Bagi meraikan kemenangan Uwais, Shuib membawa anak-anaknya yang lain termasuk bapa mentuanya ke majlis penyampaian hadiah tersebut. Menurut Shuib, arwah Siti Sarah pasti bangga melihat pencapaian anak sulung mereka.

Percaya daddy, ibu pasti sangat bangga! Ibu yang nak sangat Uwais jadi golfer sayang. Hari ni dia senyum tengok Uwais menang. More to go, kerja keras, Praktis kuat-kuat. Terima kasih datuk selalu bawa uwais praktis. Daddy akan buat habis baik untuk Uwais selagi daddy bernyawa. U are my champion!

Ujar Shuib, dia akan melakukan sehabis baik untuk Uwais dan berharap anaknya itu mampu menjadi golfer yang paling hebat seperti yang diimpikan oleh arwah Sarah.

Ibu mesti senyum

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi ucapan tahniah buat Uwais. Jelas netizen lagi, mereka tidak mampu menahan perasaan sebak sebaik sahaja melihat video yang dikongsikan itu.

Sumber: Siti Sarah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : obulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *