Ditvduh ‘main wayang’ bantu mngsa bnjir, isteri Caprice nak sponsor netizen jumpa doktor pakar periksa ‘hati’

APA sahaja yang dikongsikan isteri kepada penyanyi rap Ariz Ramli iaitu Farra Inalis di Instagram pasti akan menarik perhatian netizen.

Terbaharu, perkongsian Farra bersama suaminya turun padang menolong mngsa bnjir disalah erti segelintir netizen yang menvduhnya sekadar ‘lakonan’ untuk mencari publisiti.

“Wayang saja lebih minah ini, kelakar pula tengok. Ini marketing saja lebih nak bagi orang kenal. Nak jual produk la katanya, marketing kena pandai.

Farra 1

Farra balas salah satu komen negatif.

“Setakat datang nak ambil gambar baik tak payah datang,” komen netizen yang dipercayai menggunakan akaun Instagram palsu.

Enggan berdiam diri, Farra membalas setiap komen yang menuduhnya seperti tidak ikhlas menghantar bantuan di lokasi yang terjejas akibat bnjir.

Farra secara sinis berkata dia ingin menaja individu tersebut bertemu dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan hati.

“Betul la tu. Kalau you sudi, I nak sponsor you pergi jumpa doktor pakar untuk periksa hati. Sebab I faham orang ada masalah hati hitam memang hidup dia tak tenang.

“Sanggup buat akaun palsu sebab nak komen benda-benda buruk. Kesian. Nak gentle komen guna akaun sebenar,” balas wanita berusia 26 tahun itu.

I faham orang ada masalah hati hitam memang hidup dia tak tenang.

FARRA INALIS

ISTERI CAPRICE

Terdahulu, Farra atau lebih mesra disapa sebagai Elis berkongsi foto dia bersama suaminya menghantar barang bantuan kepada mngsa banjir di Shah Alam.

Farra dan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli turut serta dalam misi bantuan mngsa banjir itu sejak Rabu.

Biarpun terdapat komen negatif, namun masih ramai netizen yang memuji Farra dan Caprice kerana turut serta dalam misi bantuan tersebut.

Dalam pada itu, Farra mengakui perlibatannya dalam misi bantuan itu menimbulkan rasa syukur dalam diri selain sebak melihat mangsa yang kehilangan harta benda.

Farra 2

Farra dan Caprice hulur bantuan kepada mangsa banjir.

“Apabila melibatkan diri dalam aktiviti macam ini, banyak timbul rasa syukur. Kesian dengan mangsa-mangsa yang sekelip mata hilang tempat berteduh, hilang segala harta benda.

“Anak-anak tak ada tempat selesa nak tidur. Makanan terhad, nak mandi pun tak ada air. Ya Allah… ringankanlah beban mereka yang terkesan kerana banjir.

“Semoga terus tabah dan kuat mengharungi segala ujian,” kata Farra.

Untuk rekod, Ariz mendirikan rumah tangga dengan Farra yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea pada 15 November lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.