“Macam Tu Je Dia Talak 3..” -Disaksikan Ribuan Followers, Suami Lafaz Talak 3 Di Live TikTok

Sewaktu sedang melakukan live disaksikan lebih 3 ribu followers menerusi aplikasi tersebut, wanita yang digelar Cik Put tiba-tiba sahaja didatangi oleh suaminya. Lelaki tersebut turut membawa bersama isteri mudanya ke rumah berkenaan. Namun entah kenapa, mereka bertiga mula bertekak di hadapan pintu.

Akhirnya si suami yang bernama Enang melafazkan talak 3 terus kepada wanita berkenaan sambil turut disaksikan anak. Lebih teruk lagi, ia turut disaksikan secara langsung oleh ribuan pengikut Cik Put di TikTok. Sebelum berangkat pergi, lelaki tersebut sempat diminta untuk memulangkan sebilangan duit yang sebenarnya hak milik isteri

Video

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cukup terkejut terutama yang menjadi saksi perpisahan suami isteri tersebut. Dalam pada itu, ramai yang mendoakan semoga wanita tersebut terus tabah dalam menjalani ujian.

.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : kisahdunia, TikTok bu4y4gebudd_endz & merraaahh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *