Baru je bonda ‘sound’ Aliff Syukri berlakon n4zak, sekali Datin Shahida pula positif Covld19

BERITA usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri yang dijangkiti Cov1d-19 setelah pulang dari Turki mengundang persoalan ramai tentang kesahihannya kerana dianggap hanya gim1k.

Enggan berdiam diri tentang isu kesihatannya, Aliff akhirnya berkongsi salinan laporan perubatan daripada sebuah hospital di Damansara.

Lebih menguatkan dakwaan dia sememangnya positif virus maut itu, isterinya pula iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid turut mengaku dia dijangkiti Cov1d-19 pada lewat petang Khamis.

“Ramai menanti. Baru dapat result petang ni. Kontak rapat, saya pun positif. Alhamdulillah anak-anak semua sihat.

“Doakan saya cepat sembuh,” kata Nur Shahida menerusi perkongsian di Instagram.

270150075_140362665054686_62753184607418034_n

Shahida memaklumkan perkara itu di Instagram miliknya.

Pada Rabu Aliff mengundang simpati dan keresahan ramai apabila memaklumkan dia dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti Covid-19 tahap tiga selain memohon maaf kerana bimbang usianya tak panjang.

Namun ibu Aliff yang juga usahawan terkenal, Rozita Ibrahim menegur anaknya itu yang dilabel sebagai ‘raja viral’ kerana menjaja tentang isu kesihatan bagi meraih simpati ramai.

Ramai menanti. Baru dapat result petang ni. Kontak rapat, saya pun positif. Alhamdulillah anak-anak semua sihat

NUR SHAHIDA

ISTERI ALIFF SYUKRI

“Mak ger4m dengan kau Kri (Syukri), memang Cov1d-19 tahap 3 tapi dah sembuh.

“Dok sana (hospital) seorang diri jangan bagi orang ris4u. Dah sembuh pun, tak payah nampak n4zak sangat. Dah sihat pun post macam naz4k,” katanya.

Tambah Rozita yang turut sama dalam percutian ke Turki pada 15 Disember lalu, dia tidak bersetuju dengan perbuatan anaknya itu hingga menimbulkan kebimbangan ramai.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim)

“Posting minta maaf kat netizen. Habis kat mak tak nak minta maaf? Sebelum minta maaf kat netizen, baik minta maaf kat mak dulu.

“Kau jangan nak poyo sangat Syukri, kau jangan cari masalah,” luahnya lagi.

Dalam pada itu Aliff turut membalas bebelan Rozita dan berkata hatinya terluka dengan tindakan ibunya itu.

“Sampai hati mak cakap macam tu, mak tak kesian dengan kita ke? Hati saya terluka,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *