“Takut Umur Saya Tak Panjang” – Aliff Syukri Mohon M4af, Disahkan Positif C0VlD-19 Tahap Tiga

Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya menjawab spekulasi pengikutnya mengenai hantaran foto tangannya dimasukkan ‘drip’ air yang dipercayai berada di sebuah hospital.

Berada Di Tahap Tiga

Menerusi sebuah hantaran terkini di laman Instagram nya, Aliff memaklumkan dirinya telah dijangkiti wabak COVlD-19 dan berapa di tahap tiga. Menurut Aliff, keadaannya itu turut melibatkan bahagian paru-paru dan kini berada di sebuah hospital bagi rawatan susulan.

Video

Aliff Mohon Maaf 

Dalam pada itu, Aliff turut memohon maaf kepada semua yang mengenalinya kerana risau tidak berkesempatan untuk berbuat demikian. Malah, dia mengharapkan orang ramai dapat mendoakan kesembuhan dirinya.

“Kepada semua sahabat kenalan yang dikasihi, atau sesiapa yang mengenali saya, saya memohon kemaafan sekiranya pernah menyakiti awak.

“Maaf sekiranya pernah terkasar, mengumpat atau termakan secara sengaja atau tidak.

“Rasa lega dah mohon maaf pada semua. Takut-takut umur saya tak panjang. Doakan saya cepat sembuh.

“Saya ditahan di wad kerana dijangkiti COVlD-19 tahap tiga melibatkan paru-paru saya. Saya ditempatkan di hospital untuk rawatan rapi,” tulis Aliff

Difahamkan, Aliff dijangkiti w4bak tersebut usai pulang dari Turki bercuti bersama ahli keluarganya. Dalam perkembangan berkaitan, isteri Aliff, Datin Seri Nur Shahida dan anak-anak sedang menjalani kuarantin di kediaman mereka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : muraimy

Leave a Reply

Your email address will not be published.