Walaupun Usia Masih Muda, Wany Kayrie Dah Mampu Beli Kereta Mewah Ini

2021 sudah melabuhkan tirai beberapa hari lepas. Setiap orang pasti ada azam tahun baru masing-masing. Tapi lain pula dengan bintang muda berbakat besar, Wany Kayrie yang memulakan tahun 2022 dengan bergaya apabila menghadiahkan dirinya sendiri sebuah kereta jenama Mercedes.

Berdasarkan kapsyen beliau di instagram, Wany Kayrie akui sudah lama mengidamkan kereta sendiri untuk urusan harian. Beliau juga turut berterima kasih kepada semua yang menyokong dan pihak yang telah memudahkan urusan jual beli kereta itu,

“Ada yang nak sponsor wrap kereta tak? “

“Alhamdulillah terima kasih atas rezeki ini Ya Allah. Lama mengidamkan untuk ada kereta sendiri bagi urusan harian.”

“Hasil titik peluh kerja pagi balik pagi, back to back kerja sampai sakit. Semoga dengan hadiah ini menjadikan diri ini untuk lebih kuat berusaha mencari rezeki & memberi ke depannya. Truly, trust the beautiful process of life.”

“Terima kasih semua yang sentiasa menyokong & mendoakan. Di sebalik kejayaan Wani, terselit nya doa2 dari anda semua. Semoga yang baik2 saja untuk kalian. Thank you mama @kaysabah for the surprise 🌹 Thank you @ju.cars memudahkan urusan saya. Much love xo”

“Pssst.. ada yang nak sponsor wrap kereta tak? 🤣”

 

Wany Kayrie atau nama sebenarnya Syazwani Syafirah Abdullah memuatnaik gambar bersama kereta tersebut di instagram. Dia sempat lagi bergurau mencari siapa yang sudi ‘wrap’ kereta barunya itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by WANI KAYRIE (@wanikayrie)

Rata-rata peminat dan rakan artis mengucapkan tahniah buat Wany di ruangan komen instagram beliau. Ramai yang tumpang gembira atas kejayaan buat diri sendiri Wany Kayrie.

Kerjaya hiburan Wany Kayrie bermula selepas menjadi juara rancangan TV realiti Kamilah Bintang 2010.Dia mula meraih kejayaan komersial menerusi lagu “Jangan Jangan”. Selain itu, dia turut mengambil bahagian dalam rancangan Big Stage musim pertama.

Apa-apa pun, kita doakan Wany Kayrie terus kembang maju dan semoga kejayaan Wany Kayrie ini menjadi inspirasi buat kita semua.

 

Sumber: Instagram Wany Kayrie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *