Ambil Gambar Babak Filem Dalam Pawagam, Ameera Khan Bakal Dikenakan Tindakan?

Adik kepada selebriti terkenal, Neelofa yang juga usahawan dan pempengaruh media sosial, Ameera Khan menjadi sebutan hangat di laman Twitter pada Rabu.

Ameera Muatnaik Babak Filem Di Insta-story 

Ia berikutan Ameera atau juga dikenali sebagai Little Miss Khan(LMK) telah mengambil gambar beberapa babak filem terbaharu Lady Gaga, House of Gucci dan memuatnaiknya di Insta-story.

Difahamkan ketika itu, Ameera telah menghadiri tayangan perdana filem terseburt di GSC Tropicana Gardens. Beberapa netizen telah menangkap layar hantaran tersebut dan meminta penjelasan lanjut daripada pihak GSC Cinema. Rata-rata daripada mereka mengecam tindakan Ameera yang dilihat tidak professional dan melanggar peraturan yang ditetapkan.

GSC Cinemas Buat Laporan

Dalam jawapan balas yang diberikan oleh pihak pawagam tersebut, tindakan yang dibuat oleh Ameera itu ternyata salah disisi undang-undang dan mereka memandang serius mengenainya. Tambah GSC lagi, penerbitan filem tersebut iaitu United International Pictures telah sedia maklum mengenainya untuk tindakan susulan.

“Merakam kandungan filem adalah dilarang sama sekali. Kami memandang serius akan perkara ini dan telah menghubungi serta membuat aduan mengenai insiden tersebut kepada pihak yang berwajib untuk tindakan susulan. Terima kasih kerana membangkitan isu ini”

“United International Pictures kini telah sedia maklum mengenainya untuk tindakan susulan. Terima kasih” komen pengendali akaun GSC Cinemas

Sekadar info, sebelum ini Neelofa pernah terpalit dengan isu yang sama apabila berkongsi babak di dalam filem The Lion King.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : muraimy

Leave a Reply

Your email address will not be published.