“Bila Orang Kaya Sibuk Nak Jual” – Ameera Khan Dikec4m Sebab Jual Kek Batik ‘Keras Kejung’

Ameera Khan baru – baru ini dikhabarkan memulakan bisnes menjual pencuci mulut yang cukup popular di Malaysia iaitu kek batik . Dessert ini menjadi makanan kegemaran untuk setip peringkat umur malah sangat mudah disediakan kerana menggunakan bahan yang murah dan mudah didapati di pasaran.

Kek batik sangat sinonim dengan coklat dan biskut marie dan pelbagai resepi dan olahan telah dibuat oleh ramai penggemar kerana kek ini sangat sesuai dikombinasikan dengan pelbagai rasa dan warna.

Kali ini , terdapat satu perkongsian daripada Ameera Khan dan telah dikecam kerana repost daripada Instagram Story miliknya mengenai kek batik yang dijual dengan jenamanya sendiri

Lalu menerusi satu tweet yang dikongsikan seorang pengguna Twitter, dia mempersoalkan tekstur Kek Batik LMK yang dikatakan sangat kering dan tak ‘moist’.

Kek batik jenis apa kering macam tu?”

Video tersebut dimuat naik oleh Ameera di Instagram Story selepas dikongsi oleh salah seorang pelanggannya. Berdasarkan video tersebut, biskut itu boleh dilihat tidak disaluti dengan campuran butter dan milo dan kelihatan seperti biskut marie yang ditaburi serbuk koko.

Video

Persoalan demi persoalan telah ditanya dan tidak mendapat maklumbalas daripada pihak Ameera dan berkemungkinan kek tersebut memang di hasilkan dengan resepi seperti itu bagi golongan kayangan tetapi tetap menjadi kecaman daripada penggemar tegar kek tersebut.

Nampak seperti keras kejung berkecai bila transfer atas pinggan.”

Perkongsian Tweet tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada para netizen yang turut mengkritik tekstur kek batik berkenaan di mana ramai yang berkata ianya tidak seharusnya kering sebegitu.

Malah ramai yang turut berkongsi gambar hasil kek batik buatan masing-masing sekaligus mempromosikan perniagaan mereka di tweet terbabit.

Netizen merasakan bahawa Ameera tidak sesuai membuat bisnes berasaskan makanan dan jika mahu meneruskan juga usaha kek batiknya itu, dia haruslah mengkaji tentang rasa dan kondisi kek tersebut sebelum dijual dipasaran kerana kek batik adalah sangat mudah disediakan dan memang sedap bila kena dengan acuannya.

Sebelum ini Ameera pernah mengeluarkan produk kosmetik dengan jenamanya dan tidak mendapat sambutan daripada orang ramai kerana dikatakan kualitinya tidak setanding dengan produk mahal yang lainnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : Youtube Belum Basi

Leave a Reply

Your email address will not be published.