“Kalau tiada orang cuci pinggan, tak boleh juga” -DSV Singgah Rumah Ashira Pukul 3 Pagi

Demikian tegas usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman menjawab tentang dakwaan kononnya dirinya menghina pekerjaan dilakukan penyanyi Ashira yang mengambil upah mencuci pinggan di kedai makan.

Kata Vida, 50, dia hanya inginkan yang terbaik buat Ashira demi kelangsungan hidupnya terutama untuk menampung kos rawatan suami, Bad Indigo yang menderita penyakit diabetes.

“Kalau tiada orang cuci pinggan, tak boleh juga. Apa yang saya cuba sampaikan buat Ashira adalah saya mahu dia mencari rezeki yang bukan sekadar cukup makan.

“Upah cuci pinggan mungkin dapat RM20 atau RM30 sehari sedangkan dia punya potensi untuk raih pendapatkan barangkali RM1,000 sehari. Itu maksud saya.

“Sebab saya percaya, kos rawatan Bad bukan murah. Saya pasti Ashira lebih dari berkemampuan dapat gaji RM1,000 sehari berbanding RM20 atau RM30 sehari,” katanya kepada Kosmo! Online.

Mengulas lanjut, Pelantun lagu I Am Me itu berkata, Ashira berhak dan layak diberikan pekerjaan yang sesuai dengan kebaikan, bakat dan kecantikan dirinya.

“Dengan kecantikan yang dia ada, dia boleh buat banyak pekerjaan lain yang tetap halal dan lebih daripada cukup untuk menampung hidup. Terutama kos rawatan suami yang sakit.

“Saya sebenarnya kasihan dengan dia. Dia ikhlas berkahwin tetapi tak sampai beberapa ketika, suami pula jatuh sakit. Saya tengok dia tabah dan telan semua kepahitan hidup.

“Saya dah jumpa dia (Ashira dan suami). Saya sedih dengan nasib mereka. Saya taknak dia kerja sekadar cukup makan hari ini dan malamnya sahaja kerana tuntutan hidupnya lebih daripada itu,” ujarnya.

Ditanya sama ada dirinya ada menghulurkan bantuan dari segi kewangan kepada Ashira dan suami, Vida menjawab: “Saya taknak cerita nanti orang cakap saya suka menunjuk-nunjuk pula.

“Kos rawatan insya-Allah kita bantu tapi saya tak boleh tolong selamanya sebab itu saya mahu Ashira diberi atau cari kerja yang setimpal dengan bakat yang ada dalam diri demi kelangsungan hidup bersama suami tersayang.

“Orang kutuk dakwaan saya hina orang cuci pinggan. Saya cuma boleh cakap kalian tidak berada di tempat Ashira.

“Bad paling kurang kena cuci luka kaki dua kali sekali. Bukan jari kaki sahaja tau, dah potong sampai separuh tapak kaki. Mereka di luar tak tahu semua itu.”

Dalam pada itu, Ashira ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi memberitahu, dia berasa sangat terharu dengan sokongan dan bantuan daripada orang ramai termasuk Vida.

“DSV ada datang tengok kami sekali tempoh hari. Dia ada hulurkan bantuan wang. Rasa terharu orang ambil berat sedangkan kita tiada hubungan darah apa-apa pun.

“Saya faham maksud DSV. Dia nakkan yang terbaik untuk saya. Kami ada berbincang untuk pelan perniagaan untuk masa hadapan. Masih dalam proses perbincangan dan kalau dah ‘confirm’ nanti, saya akan beritahu.

“Abang Bad pun keadaan dia okey sekarang. Kena berjaga-jaga tapi dia pun dah mula bekerja di sebuah bengkel kawannya. Terima kasih atas doa semua,” katanya.

Terdahulu, Vida dikecam netizen apabila dia didakwa menghina dan memandang rendah pekerjaan dilakukan Ashira yang mengambil upah mencuci pinggan di sebuah kedai.

DSV Singgah Rumah Ashira Pukul 3 Pagi – “Saya Mari Membawa Hajat…”

Usahawan kontroversi Datuk Seri Vida (DSV) telah mengunjungi rumah pasangan penyanyi Ashira dan Bad Indigo pada jam 3 pagi baru-baru ini.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah video di akaun Instagram miliknya.

DSV datang ke rumah pasangan tersebut untuk meluahkan pandangannya bahawa Ashira tidak perlu bekerja mencuci pinggan di sebuah restoran milik rakannya seperti yang tular sebelum ini.

“Tuan rumah, minta maaf, pukul 3 pagi juga kita sampai rumah, walaupun niatnya baik nak bagi Ashira tak payah cuci pinggan lagi. Tak tahu lah tuan rumah nak cakap apa,” katanya dalam video tersebut.

Ashira yang menyambut kedatangan DSV itu membalas dengan berseloroh.

“DSV ni memang suka kacau orang lewat lewat macam ini ya? Pukul 3 pagi,” katanya.

Kemudian DSV menyambung, katanya Ashira boleh mencuba cara atau jalan lain selain bekerja membasuh pinggan.

“Saya rasa tak layak Ashira cuci pinggan, jangan cuci pinggan lah Ashira, saya datang ni membawa hajat, hajatnya jangan cuci pinggan, Insya-Allah kita ada jalan, faham tak Ashira?,” tambahnya.

Selain itu, DSV juga menyifatkan Bad sebagai seorang yang lawak dan mencadangkan penyanyi itu untuk sertai program Maharaja Lawak.

“Saya datang melawat Ashira dan Bad ni, pada mulanya saya ingatkan Bad seorang yang serius, tapi sebenarnya boleh masuk Maharaja Lawak lah! Boleh masuk sebab memang lawak sungguh orangnya.

“Saya cabar Maharaja Lawak untuk ambil Bad, patut bagi job dekat Bad lah,” katanya lagi.

Dalam video itu juga, DSV telah menghulurkan bantuan seikhlas hati dalam dua sampul surat yang dihulurkan kepada pasangan tersebut.

Terdahulu, DSV meluahkan hasratnya untuk menghubungi Ashira dan Bad untuk membantu pasangan tersebut, tambahan lagi Bad kini sedang mengalami masalah kesihatan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *