PM Umum Bila Baucar Wang Tunai Bernilai RM4,000 Diagih. Buat Ramai Mula Rasa Lega

BERA: Mangsa banjir di seluruh negara akan menerima dua sumbangan berbentuk baucar bernilai RM1,500 dan wang tunai RM2,500 mulai esok, kata Perdana Menteri.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sumbangan itu adalah tambahan daripada Bantuan Wang Ihsan (BWI) yang diagihkan sebelum ini.

Sementara baucar yang ditawarkan pula, kata Ismail Sabri ialah, baucar membaiki kenderaan bernilai RM1,000 dan RM500 lagi bagi pembelian barangan elektrik yang akan diagihkan secara berperingkat di setiap negeri yang terlibat.

“Bantuan baucar dan wang tunai ini akan diagihkan bermula esok. Wang tunai ini akan diagihkan melalui tiga kaedah, sama ada hantar ke rumah mangsa atau kumpulkan mereka atau disalurkan melalui akaun bank masing-masing.

“Pihak Pejabat Daerah dan Tanah di setiap negeri akan menyelaraskan perkara ini termasuk menyenaraikan nama-nama bengkel dan kedai elektrik berdekatan bagi memudahkan mangsa banjir untuk tebus baucar,” katanya dalam sidang media selepas Program Penyampaian Bantuan Wang Ihsan di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Seri Norolazali Sulaiman.

Pada majlis itu, seramai 478 penerima menerima sumbangan wang ihsan sebanyak RM1,500 daripada kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Perdana Menteri berkata, kerajaan memutuskan untuk memberikan bantuan wang tunai tersebut bagi memudahkan mangsa banjir membeli sendiri keperluan barangan asas yang rosak.

“Saya difahamkan, ada syarikat-syarikat, badan korporat termasuk NGO (pertubuhan bukan kerajaan) banyak juga yang menyumbang barangan elektrik kepada mereka ini. Jadi, kerajaan memutuskan untuk memberikan wang tunai supaya mereka boleh beli barangan apa yang diperlukan.

“Terpulanglah kepada mereka untuk beli apa yang mereka perlukan. Kita cuma bantu mengurangkan beban yang ditanggung mereka,” kata beliau lagi.

Sementara itu, bagi pengagihan BWI untuk bencana banjir gelombang pertama, seramai 51, 532 ketua isi rumah (KIR) daripada 54, 678 KIR telah menerimanya sejak dilaksanakan bulan lalu.

Manakala, seramai 42 daripada 3,790 KIR telah menerima BWI bagi gelombang kedua baru-baru ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: astro awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *