“Betul-betul cucu Tan Sri..” -Gara-gara terdengar Yusuf nak main pasir, Tan Sri Vicent Tan sanggup hentikan ‘yatch’

Sebelum ini, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sangat bertuah apabila mereka sekeluarga dijemput menaiki kapal layar mewah milik jutawan terkenal, Tan Sri Vincent Tan, pada tahun lalu.

Rezeki yang tak disangka

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

Terbaru, Hairul dan Hanis sekali lagi menjadi tetamu jutawan tersebut apabila mereka bersama-sama bercuti menaiki jet peribadi. Bagi Hairul, 34, dia menyifatkan ini adalah rezeki anak-anaknya iaitu Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah.

Bila Tan Sri call (hubungi) saya, tak sangka rezeki ini yang nak sampai. Permulaan yang baik tahun 2022. Rezeki anak-anak.

Perjalanan menjangkaui imaginasi. Sangat bertuah dijemput oleh Tan Sri Vincent dalam percutian impian ini.

Bagaimanapun, pemilik nama Hairul Azreen Idris tidak mendedahkan destinasi percutian mereka yang turut disertai pengarah dan penerbit, Adrian Teh.

Difahamkan, ini juga merupakan kali pertama Alisa menaiki kapal terbang sejak dia dilahirkan pada 24 Mei 2019.

Selepas mendarat, mereka dibawa menaiki kapal mewah Tan Sri lagi. Paling menarik perhatian, Tan Sri sanggup hentikan kapal mewahnya itu selepas terdengar Yusuf mahu main pasir.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

Di ruangan komen, rata-rata peminat keluarga ini menyatakan mereka sangat istimewa dalam kehidupan Vincent Tan. Di samping itu, perkongsian tersebut juga menarik perhatian rakan selebriti yang kelihatan teruja dengan percutian mewah itu.

Sebelum ini, Hairul dan Hanis pernah menjadi tumpuan ramai apabila bercuti menaiki helikopter ke Tasik Kenyir, Terengganu. Pasangan sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor dan dikurniakan dua cahaya mata Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Instagram @haniszalikha & @hairulazreen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *