Pura-Pura Tak Pandai Ikat Tali Leher, Sekali Pakcik Ni Buat Macam Anak Sendiri.. Memang Tersentuh

Semangat satu Malaysia! Itulah yang dibuktikan apabila tularnya satu video seorang lelaki Melayu yang membantu pemuda kaum Cina.

Video berkenaan tular selepas ia dimuat naik di platform YouTube milik seorang YouTuber, Leeroy Wong.

Difahamkan, momen berkenaan merupakan satu daripada eksperimen sosial di sekitar ibu kota, baru-baru ini.

Menerusi video itu, Leeroy pada awalnya cuba menghampiri seorang lelaki untuk meminta bantuan untuk mengikatkan tali lehernya.

Menurut Leeroy, dia kononya datang ke ibu kota bagi menghadiri sesi temu duga.

Tanpa berfikir panjang, lelaki tersebut terus mengikatkan tali leher dan turut membantu memakaikannya di kolar baju kemeja Leeroy.

Tidak cukup dengan itu, lelaki itu juga menyisir rambut hingga membuatkan Leeroy seb4k.

Tindakan jujur itu sekali gus membuatkan ramai tersentuh.

Menurut kebanyakan netizen, lelaki tersebut seolah-oleh melayan Leeroy seperti anaknya sendiri.

“Episod paling touching, Malaysia masih ada harapan, say no to perkauman”.

“Dia layan macam anak sendiri, sedih weh video ni”.

“Macam bapak layan anak, teruskan buat social experiment macam ni,” tulis beberapa netizen.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah ditonton lebih 30,000 kali.

Video

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *