Penampilan ‘Bert4nduk’ Undang Kec4man Netizen, Ini Penjelasan Uyaina Arshad Selepas Gambarnya Viral

Umum tahu, pasangan selebriti Uyaina Arshad dan Raja Syahiran Azhanrianshah sah menjadi pasangan suami isteri pada 21 Disember tahun lalu.

Samakan dengan tanduk

Terbaru, perkongsian pereka fesyen Shanell Harun di Tik Tok yang memaparkan penampilan Uyaina ketika ‘Arabian Night’ atau Hikayat Seribu Satu Malam telah mengundang pelbagai respon daripada netizen.

Membawa tema Cleopatra, pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad dilihat menyarungkan busana berwarna coklat keemasan bersama perhiasan kepala.

Bagaimanapun, perhiasan di kepala atau dipanggil ‘headgear’ itu mendapat kecaman daripada warganet yang mendakwa seperti zaman firaun.

Cleopatra tu bukan firaun juga ke?

Jangan jadi mangsa fesyen.

Kalau tanduk 2 macam ini, maaflah cakap. Menyerupai haiwan pun ada.

Harap semua boleh bertenang

Menerusi hantaran di Instagram Stories, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa akui kadang-kadang dia gemar bermain dengan fesyen. Sedar ramai yang kritik, pengacara berumur 30 tahun itu memberitahu dia akan memberi penjelasan dalam masa terdekat.

Terdahulu, pasangan selebriti ini mula berkenalan pada awal 2019 di sebuah program dan majlis merisik telah berlangsung pada bulan Julai 2019.

Majlis merisik juga dilakukan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat Syahiran dan Uyaina.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Tik Tok @hirai_miko & Instagram @uyainaarshad

Leave a Reply

Your email address will not be published.