[VIDEO] “Karier saya bukan di sini sahaja..” -Jadi bahan lawak Atu Zero, ini respon dari Anuar Zain sendiri

AKSI pelawak Atu daripada kumpulan Zero meniru gaya dan suara penyanyi Anuar Zain semasa membuat persembahan pentas mencuit hati netizen di laman sosial.

Bukan peminat sahaja yang terhibur, rupa-rupanya penyanyi lagu Sedetik Lebih itu juga mengakui sudah menonton gelagat Atu meniru gaya dirinya sebelum ini.

Tidak berkecil hati dengan apa yang dilakukan pelawak itu, Anuar, 51, menyifatkan Atu seorang yang kreatif dan berjaya menyampaikan sesuatu lawak dengan begitu baik.

“Ya saya pernah nampak orang post dan bercakap mengenai perkara ini di media sosial. Saya okay sahaja!

“Sejujurnya memang lucu bila tonton video itu dan semua orang pun suka… bagi saya lawak yang Atu lakukan itu sangat menarik, melucukan dan saya pun terhibur.

anuar 3

Anuar terhibur tonton video Atu meniru dirinya.

“Saya rasa ia satu penghargaan sebab orang masih ingat kita, maksudnya karier saya bukan di sini sahaja tapi ada orang memanjang-manjangkan. Saya ucapkan all the best untuk Atu dan semoga menjadi seorang pelawak berjaya,” katanya kepada mStar.

Anuar Zain ditemui semasa majlis sidang media Makan Malam Amal Karena Aku Cinta yang diadakan di Pullman Bangsar, Kuala Lumpur pada Selasa.

Saya rasa ia satu penghargaan sebab orang masih ingat kita, maksudnya karier saya bukan di sini sahaja tapi ada orang memanjang-manjangkan!

ANUAR ZAIN

PENYANYI

Pada Ahad lalu, tular video Atu meniru gaya nyanyian Anuar Zain di sebuah majlis yang dianjurkan oleh pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.

Ia bukanlah kali pertama kerana sebelum ini Atu juga pernah beberapa kali melakonkan watak Anuar Zain semasa di pentas Maharaja Lawak Mega.

anuar 2

Anuar Zain bakal adakan majlis makan malam amal bulan depan.

Dalam perkembangan lain, adik kepada penyanyi Ziana Zain ini bakal menghiburkan peminat dalam satu majlis makan malam yang akan diadakan di Ipoh International Convention Centre (IICC), Ipoh, Perak pada 5 Mac depan.

Majlis anjuran bersama Bond Holdings Sdn Bhd, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Sycal Ventures Berhad itu bertujuan untuk berhibur sambil beramal.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Akueatu (@akueatu)

“Acara ini sebagai satu penghargaan dan menyalurkan bantuan kepada anggota barisan hadapan yang terkorban ketika menjalankan tugas sepanjang wabak melanda dan juga menghargai penggiat seni tempatan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Sangat-sangat teruja sebab dua tahun lebih kita tak boleh terlalu aktif. Ini adalah peluang untuk saya menghiburkan peminat yang dah lama kita tak jumpa.

“Kita akan ikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan kita percaya setiap orang sudah faham mengenai perkara ini, cuma kita akan ingatkan… saya yakin dan rasa kita semua mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi untuk bersama membendung penularan wabak Cov1d-19 ini,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.