Heboh Kilafairy Bakal Menamatkan Zaman Bujang, Ini Respon Dari Tuan Badan Sendiri

Pelakon cantik Kilafairy menafikan kenyataan dia akan menamatkan zaman bujang dengan teman lelakinya, Sa’aid Umar Aiman dalam masa terdekat.

Nafi nak kahwin

Menurut Kilafairy, 29, dia tidak pernah memberitahu yang Sa’aid ingin melamarnya sebagai isteri.

Bagaimanapun, kata pemilik nama Syakila Nisa Jahangir Khan, mereka masih bersama dan dia serius menjalin hubungan dengan jejaka itu.

Saya tidak pernah keluarkan sebarang kenyataan mengatakan teman lelaki ingin melamar atau bakal berkahwin dalam tempoh terdekat.

Cuma apa yang pasti, kami masih dalam hubungan.

Sebelum ini, anak kepada penyanyi Rohana Jalil itu pernah juga menafikan dia sudah dilamar Sa’aid yang dikenalinya sejak berusia 13 tahun itu.

Katanya, cincin pemberian kekasihnya itu dipakai di jari manis bertujuan sekadar suka-suka.

Kilafairy ditemui ketika majlis sidang media drama bersiri Tumpang Lalu Bang yang diadakan secara ‘virtual’, pada pagi Selasa.

Dijaga oleh abang-abang

Bercerita mengenai wataknya sebagai Sofiah, Kilafairy mempunyai lima orang abang dan sangat manja dengan mereka.

Kehadiran seorang lelaki membuka hati Sofiah untuk menerimanya hanya dengan pandang pertama. Ini kerana sejak kecil lagi dia sudah dilatih untuk tidak mudah menerima kehadiran lelaki hasil didikan abang-abangnya.

Bukan saja dilindungi oleh lima orang abang, watak Sofiah turut dimeriahkan dengan kehadiran ibu lakonan Ziana Zain yang sangat mengawal ketat demi keselamatan anak perempuannya.

Memang meriah dan setiap babak juga seperti kejutan kerana tidak seperti berlakon. Serasi betul gandingan saya bersama kak Ziana.

Drama bersiri 28 episod itu diterbitkan Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd dan diarah Eon Shuhaimi.

Selain Kilafairy, antara barisan pelakon hebat lain adalah Tomok, Ziana Zain, Raja Afiq, Aidil Aziz, Black, Qi Razali dan ramai lagi.

Drama bersiri Tumpang Lalu Bang ini akan bersiaran bermula 2 Februari ini menerusi slot Diandra, setiap Isnin hingga Khamis jam 8.30 malam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : obulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *