Kecoh pengantin perempuan kej4ng masa nikah, pelik ibu jari dipicit macam kena r4suk

DAR4H gemuruh menjelang hari pernikahan merupakan perkara biasa terutama buat pengantin lelaki.

Namun lain pula yang dialami seorang pengantin perempuan apabila secara tiba-tiba mengalami kekej4ngan otot kaki pada majlis akad nikah.

Kejadian di sebuah majlis itu menyebabkan pengantin terpaksa melunjurkan kaki sebelum diurut oleh ahli keluarganya.

Pengantin perempuan, Siti Nur Marjidah Sheikh Salim berkata, ins1den berlaku ketika akad nikah di Masjid Saidina Hamzah di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur, 12 Disember lalu.

Berkongsi pengalaman, wanita berusia 29 tahun itu memberitahu, kedudukannya sebelum diijabkabulkan di masjid ketika itu seperti ‘duduk antara dua sujud’.

“Nak duduk bersimpuh nanti nampak sedikit senget pula. Tok kadi ada beri ceramah sebelum akad nikah dan saya pula dah duduk lebih awal sebelum tu lagi.

“Saya mula rasa lenguh dan kebas kaki. Nak ubah kedudukan kaki, saya segan dan perlu sopan. Semua orang tengah beri tumpuan masa tu,” ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Video

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Saidina Hamzah.

Dalam tempoh kira-kira 45 minit, dia yang lebih mesra disapa Jidah berjaya mengharungi cabaran sebelum bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Afiq Arifin Kamal Arifin, 29.

“Nak mengadu kaki sakit pada mak atau kakak bersebelahan pula masa tu semua tengah senyap. Saya risau suara saya boleh mengganggu perjalanan majlis, jadi saya kena control.

“Bila suami dah lafaz nikah, saya menangis dengan perasaan bercampur baur. Antara mengalirkan air mata sebab terharu dah sah bergelar isteri dan juga menahan sakit,” ujarnya.

Jidah (kiri) sah bergelar isteri kepada Afiq Arifin Kamal Arifin.

Sejurus diijabkabul, Jidah secara perlahan lahan mengubah kedudukan dan melunjurkan kaki sebelum kakaknya membantu mengurut untuk melegakan kes4kitan.

“Masa tu dah kecoh dan ramai gelak. Saya pun ketawakan diri sendiri. Ada seorang ustaz, salah seorang saksi minta kakak saya tekan ibu jari kaki masa mengvrut.

Bila suami dah lafaz nikah, saya menang1s dengan perasaan bercampur baur… sebab terh4ru dah sah bergelar isteri dan juga menah4n s4kit

SITI NUR MARJIDAH SHEIKH SALIM

“Dalam hati saya tertanya-tanya kenapa nak kena tekan ibu jari kaki? Saya bukannya kena r4suk. Bila kakak tekan ibu jari, saya rasa lagi sakit,” ujarnya yang kemudian difahamkan teknik menekan ibu jari itu bertujuan untuk membantu mengurangkan kes4kitan.

Dalam pada itu, Jidah yang merupakan seorang pembantu akaun bersyukur apabila pernikahan berwalikan abangnya berjalan lancar meskipun dia mengalami kekej4ngan pada kaki.

Jidah dan suami (baju putih) bersama keluarga.

“Syukur Alhamdulillah akad nikah berlangsung dengan sekali lafaz. Kedua-dua abang dan suami saya tidak gvgup sewaktu akad nikah.

“Saya yang sa4kit kaki dari awal berdoa supaya nikah sekali lafaz saja. Kalau lagi lama, memang saya yang buat hal nanti sebab tak dapat tah4n s4kit.

“Apa pun, bukan salah sesiapa pun. Saya sendiri yang tidak boleh duduk terlalu lama sebab kaki pernah cr4mp sebelum ini. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan,” katanya.

Komen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.