“Masa Ni Kereta Iswara Saya Hampir Kena Tarik, 3 Bulan Tak Bayar” – Hairul Azreen

Pelakon kacak dan berbakat tanah air, Hairul Azreen berkongsi video kenangan saat dinobat sebagai juara bagi program realiti Fe4r Factor Selebriti Malaysia musim pertama di akaun Instagram nya tarik perhatian ramai.

Ded4h Kereta Hampir Kena Tar1k

Menerusi video yang dikongsikan pelakon terkenal ini, Hairul mended4hkan sewaktu terlibat dalam program realiti tersebut kereta Iswaranya hampir kena tarik kerana tiga bulan tidak membuat bayaran.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

Dalam kapsyen ringkasnya di Instagram, aktor ini meluahkan rasa rindu pada rakan baik dan pasangannya dalam program realiti tersebut.

Foto – Instagram @hairulazreen

“Kenangan zaman muda-muda, rindu ‘my partner Fe4r Factor @dazrin88” tulisnya

Kaka Ded4h Kereta Kena Tarik, Beri Pekerja Pakai Iswara

Melihat perkongsian Hairul di Instagram, penyanyi dan pelakon terkenal tanah air, Kaka Azraff mended4hkan bahawa dirinya juga mengalami nasib yang serupa di mana keretanya juga ditarik ketika di Afrika Selatan lagi.

“Hairullll. Masa kat Afrika Selatan lah, kereta Kaka kena tarik kat KL sama nasib kita” komen Kaka

Membaca komen Kaka yang juga merupakan pesaingnya dalam program realiti popular Malaysia itu, membuatkan Hairul terkejut dengan apa kisah yang menimpa penyanyi tersebut waktu itu.

“@kakazraff laa ye ke baru tau” ujar Hairul

Dalam pada itu, melihat video perkongsian yang menceritakan kisah kereta Iswara milik pelakon tersebut hampir kena tarik gara-gara tidak bayar selama tiga bulan. Salah seorang warganet bertanya di mana kereta Iswara itu sekarang ini.

Hairul mendedahkan kereta tersebut dipakai oleh salah seorang pekerjanya dan pelakon tersebut mengatakan pekerjanya menjaga kereta tersebut dengan baik.

“Mana kereta Iswara tu sekarang” tanya warganet

“Staff saya pakai dan dia jaga baik” komen Hairul

Netizen BanJ1ri Ruangan Komen

Melihat muat naik video lama Fear Factor Selebriti Malaysia musim pertama di Instagram pelakon tersebut, membuatkan ramai peminatnya memberi komen.

Dan rata-rata ramai yang mengatakan rasa rindu dengan zaman Fear Factor, ada juga yang memberi komen rasa bangga melihat pencapaian Hairul dan Dazrin pada waktu itu.

Foto – Instagram @hairulazreen

“Rindu zaman Fear Factor”

“Rancangan paling tak pernah ‘miss’ tengok dan paling kuat sokong pasukan abang @dazrin88 dan abang Hairul”

“Zaman ni mula jadi peminat Hairul… Bangga dengan anda!! Anda sentiasa inspirasi saya!!!”

“Zaman mula bangkit titik permulaan hebat” komen warganet

Untuk rekod Hairul bukan saja dikenali sebagai pelakon lelaki berbakat, malah merupakan salah seorang usahawan yang berjaya di Malaysia.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : muraimy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *