“Terlajak mulut punya pasal..” -DSV boleh kena s4man atau tidak, ini kata peguam!

BARU-BARU ini kecoh dengan isu membabitkan usahawan kontr0versi, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Vida yang mend4kwa penyanyi terkenal, Anuar Zain seorang g4y.

Biarpun tidak jelas sebutan perkataan ‘g4y’ kerana usahawan itu seakan-akan berbisik, namun tindakannya menimbulkan kem4rahan netizen khususnya peminat pelantun lagu popular Lelaki Ini itu kerana menyifatkannya agak keterlaluan dan bi4dab.

Bukan sahaja peminat, malah isu berkenaan turut mendapat perhatian seorang peguam, Nor Zabetha Muhamad Nor yang terpanggil untuk mengupas isu berkenaan dari sudut undang-undang.

“Melabelkan seseorang dengan panggilan g4y di hadapan orang ramai, boleh s4man atau tidak?

“Bukan setakat melabelkan seseorang g4y sahaja, malahan tvduhan-tvduhan yang lain yang menjatuhkan maruah seseorang sehingga menyebabkan orang awam benci, marah atau memulaukan orang yang ditvduh juga membolehkan seseorang memulakan tuntutan s4man di mahkamah.

“Misalnya tvduhan seperti ‘perempuan murah’, ‘penzina’ dan lain-lain. Apakah perkataan yang dianggap sebagai ‘defamatory’ iaitu perkataan berbentuk fitn4h yang menjadi pertimbangan di mahkamah?,” tulis peguam berkenaan dalam satu hantaran di Facebook.

Video Datuk Seri Vida yang mencetuskan kontroversi.

Bagi menjelaskan isu berkenaan dengan lebih terperinci, peguam berkenaan turut menyertakan satu kes seumpamanya, melibatkan seorang pemimpin politik, Lim Kit Siang dengan Utusan Malaysia (M) Sdn Bhd pada 2013.

“Perkataan yang digunakan mempunyai kecenderungan menjatuhkan reputasi seseorang dalam kalangan masyarakat atau menyebabkan dia dipulaukan, dijauhi atau menyebabkan dia terdedah kepada kebencian atau menyebabkan reputasi kedudukan, jawatan atau perniagaannya tercemar,” tulis Nor Zabetha menghuraikan salah satu elemen untuk membolehkan seseorang mengambil tindakan s4man fitn4h.

“Dalam kes Lim Kit Siang ini, dia menyaman Utusan Malaysia bagi artikel yang telah diterbitkan dalam akhbar defendan pada 18 Ogos 2013.

Tvduhan yang menjatuhkan maruah seseorang sehingga menyebabkan orang awam benci, marah atau memulaukan orang yang ditudvh juga membolehkan seseorang memulakan tuntutan s4man di mahkamah.

NOR ZABETHA MUHAMAD NOR

“Setelah meneliti segala bukti-bukti dan keterangan saksi, mahkamah berpendapat bahawa artikel yang dikeluarkan adalah berbentuk fitn4h dan defendan diarahkan membayar ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi tauladan secara keseluruhan sebanyak RM250,000.00 dan kos sebanyak RM25,000.

“Jadi jelas sekiranya seseorang ditudvh sebagai g4y akan menyebabkan masyarakat umum memandang rendah kepadanya, menjauhi, memulaukan dan terdedah kepada kebencian.

“Maka orang yang ditudvh tadi boleh mengambil tindakan s4man fitn4h,” terangnya panjang lebar.

Kontroversi berkenaan bermula apabila Vida, 50, pada Selasa lalu menjawab pertanyaan seorang pengikut laman Instagram yang mencadangkan agar dirinya memikat penyanyi lelaki popular itu.

zabetha

Nor Zabetha aktif membuat kupasan mengenai isu semasa dari sudut undang-undang di laman Facebooknya.

Bagaimanapun jawapan Vida secara berbisik seakan berbunyi ‘kay’ atau ‘g4y’ mengundang rasa kurang senang netizen.

Lebih mengundang kemarahan ramai apabila usahawan itu berdolak dalik dengan mengatakan bahawa dia tidak menyebut perkataan ‘g4y’ tetapi ‘okey’.

Setelah teruk dihentam netizen, Vida akhirnya mengalah dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi itu dan anggota keluarganya pada Khamis.

Menerusi perkongsian di Instagram, Vida berkata kenyataannya sebelum ini hanyalah berbentuk gurauan tanpa niat tertentu.

Usahawan itu juga berkata dia menyimpan hasrat untuk bertemu sendiri adik kepada Ziana Zain itu bagi menyatakan permohonan maaf.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.