[VIDEO] Bertepuk Tampar Masa Photoshoot, Netizen Nasihat Zul Ariffin Jaga Batas – “Semua Perempuan Dia Sweet”

Sebelum ini, nama pelakon Zul Ariffin dan Ruhainies tiba-tiba menjadi bualan hangat netizen apabila video yang memaparkan kemesraan antara mereka berdua menjadi viral di media sosial. Ianya secara tidak langsung menimbulkan pelbagai spekulasi dan persoalan dalam kalangan netizen mengenai hubungan mereka.

Video Zul tarik perhatian netizen

Hari ini, nama pelakon kacak ini sekali lagi menarik perhatian ramai selepas dia memuat naik satu video memaparkan dirinya sedang melakukan sesi fotografi bersama pelakon cantik, Nellisa Nizam untuk mempromosikan drama terbaru lakonan mereka iaitu Tarik Aku Ke Syurga yang bakal ditayangkan di saluran TV3.

Tetapi apa yang menarik perhatian ramai adalah aksi spontan pasangan hero dan heroin drama ini yang sedang berposing mesra saat sesi fotografi berlangsung. Sesekali kelihatan Zul dan Nellisa tersenyum sambil berpegangan tangan.

Netizen dakwa Zul memang ‘sweet’

Menjengah di ruangan komen, ada di antara peminat mengakui Zul seorang lelaki yang romantik dan ‘sweet’ bukan sahaja dengan Ruhainies malah dengan semua pelakon yang digandingkan bersamanya. Menurut mereka, Zul Ariffin seorang pelakon yang sangat menjiwai watak dan mudah untuk bekerjsama.

Bagaimanapun ada segelintir netizen seakan kurang senang dengan aksi tersebut memandangkan Zul sebelum ini pernah berkata sudah tidak mahu menyentuh perempuan lagi. Bukan itu sahaja, mereka sempat menasihati pelakon berusia 36 tahun ini supaya menjaga batas pergaulan. Setakat artikel ditulis, Zul Ariffin langsung tidak memberikan sebarang respon ataupun membalas komen netizen berhubung isu tersebut.

Respon netizen

Video

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Sumber: Zul Ariffin

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : obulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *