Abang Mngsa Ceritakan Gurauan Terakhir Menjadi Petanda AjaI

RAUB – Gurauan mahu memakai telekung semasa majlis perkahwinan anak saudara yang berlangsung semalam menjadi petanda seorang wanita pergi buat selama-lamanya.

Abang sulung kepada mang­sa, Hassan Fikri Mohamad, 63, berkata, adiknya yang merupakan anak ketujuh daripada lapan beradik yang merupakan seorang periang ada bergurau bersama keluarga yang lain yang dia mahu pakai telekung semasa majlis perkahwinan itu semalam.

Dalam kejadian kemalangan kelmarin, mangsa, Raihan Mohamad, 43, dan tiga anaknya iaitu Ahda Dalili Mohd, Nazri, 14; Ahmad Muaz, 7, dan Ahda Imtinan, 4, maut selepas Toyota Vellfire dinaiki mereka dirempuh sebuah trak pikap Nissan Navara.

Kejadian berlaku di simpang lampu isyarat susur Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) dekat Kilometer 2 Jalan Lebu Mempaga di sini kelmarin.

KEADAAN kenderaan jenis Toyota Velfire yang remuk teruk selepas dirempuh pacuan empat roda dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 2 Jalan Lebu-Mempaga di Bentong kelmarin.

Semasa kejadian mangsa yang menaiki kenderaan Toyota ­Velfire dipandu suaminya dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Cheras, Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis ken­duri kahwin anak saudara.

Tambah Hassan, pada malam sebelum kejadian, kakak ada bertanya kepada Raihan hendak pakai baju macam mana ketika kenduri, pertanyaan itu dijawab secara bergurau adalah telekung.

“Sekarang baru kami tahu, itu adalah petanda jawapan pelik­nya malam tadi (kelmarin) hendak pakai telekung saja, kami reda dengan apa berlaku,” katanya ketika ditemui di Hospital Raub di sini malam kelmarin.

Suami mangsa yang memandu MPV berkenaan mengalami kecederaan ringan di bahagian ta­ngan, manakala dua lagi anak mangsa yang menaiki kereta lain yang berkonvoi di belakang kereta dinaiki mangsa terselamat.

Menurut Hassan dia berasa terkejut dan sedih dengan kejadian yang menimpa adiknya yang juga sorang guru yang dalam perjalanan berkumpul ke rumah­nya sebelum menghadiri majlis perkahwinan esok (semalam).

Jenazah empat beranak dikebumikan dalam satu kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Panchor, Kota Bharu semalam.

Katanya, kehilangan mangsa amat dirasai semua ahli keluarga memandangkan dia seorang yang periang dan sering bergurau dengan adik beradik lain.

“Kejadian ini juga amat memberi kesan kepada emak saya yang tinggal di Kampung Panchor kerana mangsa sering pulang ke kampung bagi membantu dan menyediakan keperluan emak yang tinggal dengan adik lelaki.

“Sedih melihat dua anaknya yang terpaksa menerima kenya­taan hilang ibu dan tiga adik-beradik sekelip mata, suaminya memang seorang yang tabah dalam berhadapan ujian besar ini,” katanya.

Dalam pada itu, suami mang­sa, Mohd. Nazri Hamid, 44, berkata, dia tersentak apabila mendengar jeritan Raihan sebelum kenderaan mereka dirempuh Nissan Navara yang melanggar lampu isyarat merah.

Ujarnya, jeritan itu masih ­terngiang-ngiang di telinga apabila insiden itu merupakan kali terakhir dia mendengar suara isterinya.

Jenazah keempat-empat mang­sa dikebumikan dalam satu kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Panchor, Kota Bharu pagi semalam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : trendingsangat

Leave a Reply

Your email address will not be published.