Fazura Tak Letak Syarat, Percaya Keputusan Fattah

Kuala Lumpur: Aktres jelita, Nur Fazura mengakui suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin pernah meluahkan hasrat untuk mengurangkan babak bersentuhan dalam drama atau filem.

Fazura berkata, sebagai isteri yang turut berada dalam lapangan kerjaya sama dia memahami tuntutan kerja yang dilakukan suaminya itu.

“Isu bersentuhan dengan pelakon wanita dalam drama sebenarnya Fattah memang ada beritahu saya sebelum ini yang dia nak kurangkan babak seperti itu. Secara peribadi, saya okey sebab saya pun seorang pelakon dan faham kerjanya.

“Bila dia keluar rumah, saya dah tak ambil tahu apa dia nak buat di set penggambaran. Ini kerana, saya tahu dia cari rezeki buat kami dan apabila dia pulang ke rumah dia adalah suami saya. Beginilah cara kami faham antara satu sama lain,”katanya kepada program Melodi yang bersiaran secara langsung di TV3, hari ini.

Menurut Fazura, dia tidak meletakkan sebarang syarat kepada suaminya untuk melakukan sesuatu adegan sebaliknya, dia meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Fattah untuk membuat keputusan terbaik.

“Tiada apa-apa syarat pun. Saya memang serahkan kepada dia untuk buat keputusan. Tapi, tipulah kalau kata okey saja nak buat apa-apa.

“Sebagai contoh, kalau tahu ada babak atas katil rasanya babak itu tak perlu dibuat pun. Bagi saya, selagi sesuatu babak itu tidak keterlaluan, saya okey saja,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.