“Rezeki Haziq Lagi” -Dapat Hadiah Telefon Bimbit, Tablet, Komputer

Rezeki Muhammad Haziq

Diuji dengan penya̾kit, diberikan kelebihan kecerdasan fikiran, kepetahan berbicara. Itulah wartawan cilik yang tular menghebahkan berita tentang penemuan ular sawa di sebuah pasar awam di Bukit Selambau, Sungai Petani Kedah ini.

Pertama kali membuat ‘live’ di Facebook, terus tular. Rezeki yang tidak salah alamat. Ditemuramah pelbagai agensi berita, kanak-kanak 12 tahun ini diberikan peluang membuat laporan secara langsung bersama Astro Awani serta membuat pengumuman berkaitan suntikan ‘booster’ vaksinasi Covid-19 di sekitar Bukit Selambau menaiki van Jabatan Penerangan (JAPEN).

haziq

Kepetahan adik Haziq turut mendapat perhatian Pejabat Sultan Kedah apabila dikunjungi kakitangan istana yang menyampaikan hadiah kepadanya.

Menerusi Facebook, Haziq berkata dia menerima telefon bimbit dan tablet ipad jenama Oppo disampaikan kakitangan istana.

“Tadi kakitangan Sultan Kedah bagi hadiah, kami dapat telefon dan tablet Oppo… ada juga orang bagi duit, kotak pensil dan macam-macam lagi.

“Alhamdulillah rezeki, kami pun tak tau macam mana boleh viral (video siaran langsung penemuan ular sawa). Amat-amat dahsyat,” katanya menerusi video berkenaan.

Sebelum ini ibunya, Shakilla Zainol, 33, berkata dia menerima panggilan telefon daripada pihak istana memaklumkan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan untuk menghadiahkan anaknya telefon bimbit.

haziq

Selain itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang terlibat dalam operasi menangkap ular sawa di Bukit Selambau, memaklumkan mahu memberikan sijil penghargaan buat Muhammad Haziq dalam satu program di Langkawi.

Tidak hanya itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa turut teruja dengan kepetahan si cilik ini dan beliau menghadiahkannya komputer tablet.

haziq

haziq

Kini, adik Haziq masih lagi mendapatkan rawatan untuk penya̾kitnya di H0spital Abdul Halim (HSAH) secara berkala.

Tahniah adik Haziq, semoga terus menempa kejayaan pada masa akan datang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : [Malaysiapost] [Astroawani] [Utusan]

Leave a Reply

Your email address will not be published.