“Alamak, baru darjah 3 dah nak try cikgu ke?” -Guru kongsi hal sebenar murid comel minta nak panggil ‘abang’

SEJAK sesi persekolahan dibenarkan beroperasi secara bersemuka, pelbagai ragam murid sekolah yang dikongsikan oleh warganet di media sosial.

Terbaharu, gelagat seorang murid perempuan yang cuba ‘mengayat’ guru lelaki di sekolahnya menjadi tular gara-gara telatahnya yang comel itu.

Menerusi video yang dikongsikan oleh guru lelaki berkenaan, kedengaran murid tersebut cuba meminta kebenaran untuk memanggilnya sebagai ‘abang’.

Video

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Amboi dik, try cikgu ke?’

“Comelnya nak ber’abang’ dengan cikgu. Kenapa zaman akak, cikgu praktikal tak seramah dan sekacak ini.

“Mak abah tengok ni, adik kantoi mengorat,” demikian antara komen netizen pada perkongsian video tersebut.

Berkongsi cerita dengan mStar, Ahmad Lutfil Hadi Mohd Yusof berkata, video berkenaan sebenarnya dirakam dua tahun lalu sewaktu dia mengikuti program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sebuah sekolah rendah di Perak.

“Program PBS di sekolah rendah itu selama seminggu sahaja… ketika itu saya sedang menjalani latikah praktikal sebagai guru.

guru 2

Lutfil mengajar subjek Pendidikan Jasmani ketika bergelar guru praktikal.

“Saya muat naik untuk berkongsi salah satu kenangan lucu ketika bergelar guru praktikal. Tak sangka pula boleh jadi viral sehingga meraih lebih 500,000 jumlah tontonan dekat TikTok.

“Tapi ramai pula yang tersalah faham, mereka ingat murid perempuan tu nak ‘try’ saya. Sebenarnya, murid itu adalah adik kepada kawan saya…. dia kenal saya, sebab itu dia panggil abang. Waktu video dirakam, dia dalam darjah tiga.

“Saya muat naik video itu selepas mendapat kebenaran kakaknya. Namun ramai yang komen cakap adik tu comel,” kata pemuda yang senang disapa sebagai Lutfil ini.

guru 1

Lutfil menggunakan pendekatan yang lebih kreatif untuk menarik minat pelajarnya.

Bagaimanapun menurut pemuda berusia 23 tahun ini, dia memahami keprihatinan ramai yang melontarkan komen berhubung gelagat spontan kanak-kanak tersebut.

“Saya faham yang komen serius tu mereka sebenarnya concern. Jadi saya akan lebih berhati-hati selepas ini. Tapi saya juga ada buat penjelasan di komen supaya orang tak terus salah faham,” ujar bakal guru ini.

Menurut Lutfil, dia kini sedang berada di tahun akhir pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani dari sebuah institusi pengajian tinggi awal (IPTA).

Menyingkap serba sedikit mengenai bidang pengajiannya, Lutfil mengakui dia pada mulanya tidak pernah terlintas untuk menyambung pengajian dalam jurusan pendidikan.

Ramai pula yang tersalah faham, mereka ingat murid perempuan tu nak ‘try’ saya. Sebenarnya, murid itu adalah adik kepada kawan saya.

AHMAD LUTFIL HADI MOHD YUSOF

“Ibu dan bapa saya kedua-duanya merupakan cikgu. Merekalah yang mengesyorkan saya melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan kerana mereka mahu ada seorang anak yang mengikut jejak langkah mereka.

“Tapi bila dah ikuti PBS dan jalani praktikal, dari situ, makin lama kecintaan terhadap bidang pendidikan makin bercambah. Bila dah bersama-sama dengan pelajar, makin semangat nak ke sekolah,” ujar anak ketiga daripada lima adik beradik ini.

Berkongsi pengalamannya yang pernah bergelar guru praktikal, pemuda yang berasal dari Selama, Perak ini berpandangan, tugas sebagai seorang pendidik ketika ini begitu mencabar lantaran perlu seiring dengan perkembangan teknologi.

guru 3

Tidak pernah terlintas memilih jurusan pendidikan, namun Lutfil berkata minatnya mula bercambah selepas menjalani praktikal.

“Zaman sekarang memang ‘advance’. Pendidik perlu lebih kreatif untuk menarik minat pelajar. Seperti pengalaman saya dulu, sebelum mengajar, saya cuba buat aktiviti seperti lakonan, silap mata, pertunjukan video dan sebagainya.

“Pembelajaran tak boleh bergantung dengan buku atau bahan mengajar semata-mata sebaliknya perlu disertai bantuan alat inovasi.

“Ia berperanan untuk menarik minat dan menghilangkan rasa bosan, dan dalam masa yang sama menggalakkan murid-murid untuk ‘perticipate’ dan aktif,” ujarnya lagi.

Komen netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.