[VIDEO] “Ingatkan orang reka bentuk macam tu” -Wanita Cantik Ini Kongsi Bentuk Sebenar Salji Sama Macam ‘Emoji’

Menjalani kehidupan dalam iklim khatulistiwa iaitu panas dan lembap sepanjang tahun membuatkan kita begitu teruja bila melihat negara lain yang sedang dilanda salji. Melihat pemandangan pohon-pohon yang diselimuti salji yang putih suci, membuatkan kita selalu membayangkan salji adalah seperti ais yang diparut!

Menerusi perkongsian Cikgu Kim Seri yang sedang melanjutkan pelajaran di bumi Korea, beliau sempat berkongsi di laman Tiktok beliau video beliau yang sedang bermain salji bersama rakan-rakannya.

Diminta menunjukkan bentuk salji, Cikgu Kim Seri terus memfokuskan terhadap salji yang sedang berjatuhan di baju beliau.

Masya-Allah, rupanya bentuk salji bukanlah seperti ais parut seperti yang kita fikirkan selama ini. Namun bentuk salji yang ditunjukkan oleh Cikgu Kim Seri memang mirip bentuk salji seperti dalam filem animasi keg1laan kanak-kanak iaitu Frozen! Ramai yang mengingatkan bentuk salji itu hanya rekaan semata-mata, namun ternyata bentuknya memang benar.

Video:

Warganet begitu teruja melihat gambar zoom in salji yang ditunjukkan. Ia seperti bunga-bunga ais yang begitu indah bergugvran dari atas langit.

Masya-Allah, begitu hebat ciptaanNya, menciptakan salji yang berjenis-jenis bentuknya. Terdapat lebih tiga puluh lima bentuk salji yang berjatuhan dari langit.

Komen Netizen:

Fenomena hebat dan indah itu tidak ada lain tujuannya adalah untuk kita memikirkan kekuasaanNya dalam mencipta dan mengatur alam yang kita diami ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : http://www.sinarviral.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published.