“Ya, Saya Sudah Bernikah Buat Kali Kedua,” – Azlee Khairi

Pelakon Azlee Khairi mengesahkan dia sudah pun mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama wanita pilihan, Nurul Hidayah atau Dhiya pada Januari 2021.

Menurut Azlee atau nama sebenarnya, Azlee Khairi Zulah Hainee, perkahwinannya bersama Dhiya yang bertugas sebagai kru penerbangan itu dijalankan secara atas talian.

“Ya, saya sudah bernikah buat kali kedua. Ini juga perkahwinan kedua buat isteri dan dikurniakan dua anak. Cuma saya tak boleh berkongsi butiran tepat mengenai isteri kerana dia tak gemar akan hal itu.

“Alhamdulilah perkongsian hidup kami kini turut dikurniakan anak lelaki berusia lima bulan.

“Majlis nikah kami pun secara atas talian secara sederhana dan dibuat membabitkan ahli keluarga serta sanak saudara masing-masing,” katanya.

 

Terdahulu, pelbagai spekulasi timbul susulan satu perkongsian gambar bersempena dengan sambutan hari lahirnya yang ke 33 tahun, baru-baru ini di Instagram.

“Saya rasa ini waktu yang terbaik untuk menjelaskan perkara sebenar. Lagipun saya jenis yang tak suka menggembar gemburkan hal peribadi.

“Cuma ada yang yang netizen salah faham dan mengandaikan saya sudah ada dua anak. Salah seorang itu, anak tiri saya sebenarnya,” katanya.

 

 

Sementara itu, bintang drama Love You Mr Arrogant turut menjelaskan, dia dan isteri sepatutnya mengadakan majlis persandingan pada Mac tahun lalu.

Bagaimanapun kerana situasi semasa C0V1D-19, perancangan itu tergendala.

“Selepas setahun juga, majlis yang ditunda itu akan diadakan pada 18 Mac depan di sebuah lokasi di ibu kota.

“Masa itu, saya akan berkongsi juga gambar pernikahan kami. Saya kena hormat permintaan keluarga masing-masing,” katanya yang turut mengharapkan agar bahtera perkahwinan yang dibina dirahmati dan berkekalan buat selamanya.

Azlee sebelum ini pernah berkahwin ketika namanya berada di puncak populariti dengan wanita dari Brunei sekitar tahun 2014 seterusnya menetap di sana.

Namun sekitar November 2019, Azlee kembali ke Malaysia dan berlakon semula. Pada tahun 2020, dia turut mengesahkan yang dirinya bukan lagi berstatus suami orang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendinggiler.pw/

Leave a Reply

Your email address will not be published.