Lama Tak Jumpa, Acha Septriasa Dipuji ‘Profesional’ Ziarah Irwansyah & Isteri – ‘Sempat Heart To Heart’

Setelah sekian lama menetap di Sydney, Australia, pelakon dan penyanyi, Acha Septriasa kembali pulang ke Indonesia untuk bercuti dan menziarahi ahli keluarganya. Bukan itu sahaja, Acha sempat berkunjung ke rumah bekas teman lelakinya iaitu Irwansyah.

Pertemuan semula di antara Acha dan Irwansyah selepas beberapa tahun tidak berjumpa ternyata mencuri perhatian ramai. Bahkan, netizen turut menggamit semula kenangan filem ‘Heart’ yang pernah dilakonkan oleh kedua-dua mereka suatu masa dahulu.

Akhirnya sempat ‘heart to heart’

Menerusi pertemuan tersebut, Acha dilihat sempat bermain bersama anak Irwansyah iaitu Ukkasya Muhammad Syahki dan menjamu selera makanan yang dihidangkan oleh Zaskia Sungkar. Acha turut membawa anak perempuannya ketika menziarah keluarga tersebut. Memandangkan Zaskia dan Irwansyah turut bergiat aktif di Youtube, pelantun suara ‘Sampai Menutup Mata’ ini mengambil kesempatan untuk menemubual mereka.

Ketika sesi temubual, Acha bertanya mengenai perasaan Irwansyah dan Zaskia selepas menimang cahaya mata. Menurut pasangan tersebut, mereka berasa sangat bersyukur kerana doa yang dipohon selama ini akhirnya dimakbulkan oleh Allah. Seperti semua sedia maklum, Irwansyah dan Zaskia menunggu kehadiran cahaya mata pertama mereka agak terlalu lama sehinggakan pasangan ini terpaksa berikhtiar untuk melakukan proses ‘ivf’ bagi mendapatkan zuriat. Selepas proses tersebut berhasil, Zaskia sentiasa berharap anaknya itu dilahirkan dalam keadaan yang sihat dan baik. Siapa sangka, 1 April tahun lalu pasangan ini menimang cahaya mata sulung mereka.

Selain soal anak, Acha turut bertanya momen terakhir Irwansyah bersama ibu dan ayahnya sebelum kedua-duanya meninggal dunia akibat Covid-19. Ujar Irwansyah, dia sempat merakam content Youtube bersama ibu dan ayahnya sebelum kedua-dua mereka pergi buat selama-lamanya. Bahkan, arwah ibunya yang sebelum ini agak kurang bercakap dan pemalu di hadapan kamera dilihat berani dan mesra ketika sesi rakaman dilakukan.

Kehidupan selepas berkahwin sangat berbeza

Sementara itu, Irwansyah dan Zaskia turut mengambil kesempatan yang ada bagi menemubual Acha di akaun Youtube mereka. Menerusi temubual yang dilakukan, Acha berkongsi mengenai kehidupannya sewaktu belajar di Malaysia dan detik perkenalannya dengan suami. Menurut Acha, dia sudah bersedia menjadi isteri ketika umurnya berusia 25 tahun. Namun, jodohnya tiba ketika usianya 27 tahun. Tanpa berfikir panjang, Acha menerima lamaran Vicky ketika mereka berada di Austarlia. Selepas mendirikan rumah tangga, Acha memberitahu dia mahukan sebuah keluarga yang lengkap dan rezeki tidak pernah salah alamat apabila mereka dikurniakan seorang puteri yang comel iaitu Bridgia.

Diusik mengenai perkembangan kariernya, Acha memberitahu dia memberi fokus sepenuhnya kepada Bridgia. Pada masa yang sama, dia rindu untuk berlakon. Sepanjang sesi temubual tersebut berlangsung, Acha dilihat sangat profesional dari segi menanyakan soalan dan menjawab soalan. Rata-rata netizen menyifatkan kedua-dua pelakon tersebut sudah matang, ‘move on’ dan bahagia bersama pasangan masing-masing.

Sumber: Acha Septriasa & Irwansyah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : obulan

Leave a Reply

Your email address will not be published.