
Kuala Lumpur: Penghujung bulan Januari yang indah buat pasangan selebriti, Harris Alif, 23, dan Intan Ladyana, 40, apabila mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, semalam.
Menerusi perkongsian di Instagram, Harris memaklumkan bayi sulungnya itu lahir tepat jam 11.40 malam.
View this post on Instagram
“Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Puteri sulung daddy dan mommy. Terima kasih semua atas doa-doa yang baik,” tulisnya.
Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada Februari tahun lalu dan perkahwinan pasangan selebriti itu menjadi perbualan netizen disebabkan jurang usia antara mereka agak jauh iaitu 17 tahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press
Sumber : Hmetro