[VIDEO] Talita Men4ngis di kubur Siti Sarah buat ramai seb4k, tak dapat tahan air mata rindukan ibu

RINDU yang tiada penghujung. Meskipun lebih lima bulan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pergi meninggalkan kita, kehilangannya masih dirasai terutama bagi Shuib dan anak-anaknya.

Terbaharu, video Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, memujuk anak perempuannya iaitu Dzahira Talita Zahara, 9, ketika menziarahi pusara Siti Sarah mengundang sebak ramai.

Rata-rata turut bersedih dan bersimpati melihat kanak-kanak itu menangis dan mengesat air mata sambil dipeluk Shuib.

“Sebaknya tengok dia, moga terus kuat ya sayang. Dekta (panggilan untuk Talita) anak solehah, anak baik… Dekta kuat.

shuib 1

Ana-anak sentiasa rindu arwah ibu

“Rindu yang tiada penghujung. Moga adik tabah ya… sentiasa doakan untuk ibu di sana.

“Sakitnya rindu pada insan yang telah pergi. Semoga Allah sentiasa merahmati kalian anak-anak,” tulis beberapa netizen.

Sementara itu di Instastory, Shuib turut berkongsi rakaman perbualan dengan anak ketiganya, Ariq Matin yang berusia tujuh tahun.

Matin akan teringat, akan rindu daddy

ARIQ MATIN

“Nanti kalau daddy dah m4ti, Matin pergi kubur daddy hari-hari ke?” tanya Shuib.

Pertanyaan spontan itu dijawab Matin dengan mengatakan yang dia akan sentiasa teringat-ingat jika bapanya itu sudah tiada nanti.

“Matin akan teringat, akan rindu daddy,” jawab Matin.

shuib 2

Video

Siti Sarah meningg4l dunia pada usia 37 tahun di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur pada 9 Ogos tahun lalu akibat Cov1d 19.

Allahyarham menjalani pembed4han bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika k4ndungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu yang diberi nama Ayash Affan.

Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9 dan Ariq Matin, 7.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.