Aishah sudah bercer4i, bekas suami lafaz talak guna WhatsApp… Cuba tenangkan hati elak ‘meroy4n’

EPISOD masalah rumah tangga penyanyi Datuk Aishah yang dilaporkan sebelum ini berakhir dengan pencer4ian menerusi aplikasi WhatsApp pada 25 Disember lalu.

Ketika dihubungi mStar, Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 57, mengesahkan dia dan suami bercer4i talak satu.

Akui sed1h dengan pengakhiran berkenaan, Aishah mengakui men4ngis ketika menerima lafaz talak dengan cara berkenaan.

“Bagi saya kalau rasa sed1h, men4ngis sahaja. Tidak perlu tahan kerana saya juga manusia biasa yang tidak boleh mengawal perasaan.

“Apa yang penting perlu kembali kuat dan move on. Kita perlu jalani hidup seperti biasa,” katanya.

Tidak tinggal sebumbung

November tahun lalu media melaporkan Aishah sudah tiga bulan tidak tinggal sebumbung dengan suami.

Sementara itu Aishah berkata dia tidak pernah menyangka rumah tangga yang dibina putus di tengah jalan.

“Jika saya tidak bersabar dan tenangkan hati, pasti dah ‘meroyan’ akibat perpisahan ini.

“Dahulu ketika menetap di New Zealand saya sering melihat pasangan berusia berpegangan tangan dan terfikir akan jadi sebegitu.

“Ini adalah ketentuan Tuhan dan mungkin Allah sudah rancang sesuautu yang lebih baik untuk saya di masa akan datang,”cerita Aishah lagi.

Aishah bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkaitan proses perceraian dan mahu menyelesaikannya sendiri bersama bekas suami.

“Tiada siapa inginkan perceraian. Mungkin rumah tangga saya tidak boleh dipertahankan lagi.

“Saya sudah biasa hidup berdikari, jadi hidup ini perlu diteruskan.

“Aktiviti seni juga akan berjalan seperti biasa. Saya harapkan sokongan peminat terhadap artis lama seperti saya,” katanya.

Perkahwinan ini merupakan yang keempat buat Aishah.

Aishah mempunyai dua cahaya mata iaitu Armand Azhari, 29, hasil dair perkahwinan pertama dan Azhad Ahlami, 23, dari perkahwinan kedua.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *