“Fuhh patut la steady je tarik lagu..” -Video Aweera Masa Kanak-Kanak Nyanyi Penjara Janji Tular

Memiliki bakat menyanyi yang cukup luarbiasa, Aweera antara penyanyi yang namanya kembali menjadi buah mulut warganet. Nama Aweera sememangnya sudah cukup kukuh dalam industri hiburan tanah air. Namun selepas menyertai Gegar Vaganza yang baru sahaja tamat baru-baru ini, namanya kian dikenali lebih ramai.

Manakan tidak, Aweera antara penyanyi yang boleh membawakan lagu dengan nada yang cukup tinggi. Selain dari memiliki pakej lengkap sebagai penyanyi, pastinya Aweera mempunyai barisan peminatnya yang tersendiri.

Aweera
Aweera

Terbaharu satu video yang memaparkan Aweera masa kanak-kanak nyanyi lagu berjudul Penjara Janji di sebuah pentas telah mencuri perhatian ramai. Lagu ini sememangnya cukup terkenal dengan penyanyi perlu tarik dengan tinggi.

Namun dalam rakaman ini Aweera masa kanak-kanak berjaya menyanyikan dengan merdu sekali. Berikut adalah rakaman penyanyi ini sewaktu masih kecil yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun chibiozawaxgaming:

Video

Perkongsian rakaman Aweera masa kanak-kanak menyanyi ini dipuji ramai dan telah meraih lebih 70 ribu tontonan. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Dari kecik sampai sekarang cara dia berdiri dengan style nyanyi tak berubah. True rockers”

Aweera masa kanak-kanak 5

“Fuyooh dari kecik lagi dah hensem, vokal mantap”

Aweera masa kanak-kanak 2

“Dari kecil sampai besar rilex je dia tarik lagu tu yang saya ni sampai nak terputus urat leher tarik tapi tak dapat2 pun”

Aweera masa kanak-kanak 4

“Dari kecik suara dah tarikk. Handsome pulak tu”

Aweera masa kanak-kanak 3

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *