“Asal Banyak Tanya Ni? Suami Makcik Bila Kahwin Dua?” – YouTuber Dikec4m Gara-Gara Video POV Kenduri Kahwin!

Kecoh di media sosial berkaitan situasi di majlis kenduri kahwin apabila ada YouTuber memuat naik sebuah video di platform TikTok.

Isu tersebut mencul apabila pemuda berkenaan menghasilkan sebuah video ‘point of view’ atau POV yang memberikan respon terhadap segelintir individu yang sering bertanya mengenai isu kahwin.

“Kahwin? Saya bila pula?”

“Asal banyak tanya sangat ni, suami makcik bila kahwin dua? Tak tahu?”

“Makcik cuma, cuma apa, cuma nak tahu je,” katanya pada video berdurasi sekitar 36 saat itu.

Susulan itu, ramai yang bertanggapan jawapan yang diberi itu adalah sangat kurang ajar.

Malah, ramai yang kecew4 apabila video berkenaan seolah-olah mencerminkan budaya golongan muda zaman sekarang yang tidak beradab.

“Sedihlah, kita dah sampai ke generasi kurang adab”.

“Bro, kau boleh je jawab baik-baik. No need kurang ajar”.

“Melamp4unya, agak-agak lah jawab dengan nada macam tu,” tulis beberapa netizen.

Pun begitu, ramai yang berpandangan video yang dihasilkan hanya sekadar jenaka dan sindiran semata-mata dan bukanlah berniat untuk menjadi kurang ajak dengan warga lebih tua.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *