“Beza 15 Tahun” -Wanita Kongsi Video Ibu Kahwin Pemuda 29 Tahun

Kalau sudah ditakdirkan bertemu jodoh, perbezaan usia bukan menjadi penghalang untuk mendirikan rumah tangga asalkan tahu memikul tanggungjawab masing-masing.

Terbaru, pasangan pengantin ini mengundang perhatian warganet kerana mempunyai perbezaan usia sebanyak 15 tahun sehingga tular di aplikasi TikTok.

Video pendek berdurasi 11 saat itu dikongsi oleh @loyssss1 memaparkan ibunya yang berusia 44 tahun selamat bergelar isteri kepada pemuda berusia 29 tahun dalam majlis pernikahan serta persandingan serba ringkas.

Selamat pengantin baru mak!

“Mak 44 tahun. Ayah baru 29 tahun. Satu sekolah rendah dulu,” tulis @loyssss1.

Difahamkan, dia pernah mengenali pemuda itu kerana belajar di sekolah yang sama ketika zaman kanak-kanak sekali gus rakaman tersebut berjaya meraih 1.7 juta tontonan dalam masa singkat.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengakui jodoh adalah rahs1a Allah selain bercerita mengenai pengalaman masing-masing dalam berdepan perbezaan usia.

Mak aku 59, bapa tiri 34

Cantiknya! Selamat pengantin baharu

Lelaki sama sekolah rendah dengan anak perempuan kan?

Dulu kawan, kini bapa aku

Jodoh tu rahs1a Allah…

Tahniah, moga berbahagia

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *