
Meskipun sudah seminggu melahirkan anak sulung, wanita genit Syakila Norazma Amira Zuharsema terus menjadi perhatian warganet terutama di aplikasi TlkTok miliknya.
Menerusi laporan Sinar Harian, dia yang mesra dipanggil Yaya itu menamakan bayi lelakinya sebagai Muhammad Ayden Adrian selepas dilahirkan secara pembdahan sebulan lebih awal.
“Saya sendiri tldak percaya mampu mengandung dan melahirkan bayi kerana fizikal yang tidak sama seperti individu lain yang normal.
“Saya bersyukur sangat sebab sepanjang proses kehamilan dan melahirkan bayi, saya tiada mengalami sebarang masalah, cuma memerlukan pemantauan lebih rapi,” katanya.
Wanita berusia 28 tahun itu berkata, dia bersyukur dikelilingi insan tersayang dimana kini sedang melalui proses berpantang dan dijaga ibu mentuanya Rohaya Megat Hamid di Hulu Terengganu.
“Tiada apa yang mampu diucapkan, saya bersyukur dan berterima kasih kerana dikurniakan suami yang penyayang…
“…keluarga yang banyak menyokong terutama ibu yang membantu saya sepanjang kehamilan dan,” katanya yang mempunyai dua juta pengikut di TikTok.
Tambah Yaya, dia percaya dengan perancangan Allah SWT walaupun terdapat segelintir individu mempersoalkan jika dirinya mampu melahirkan zuriat.
View this post on Instagram
“Waktu itu, saya hanya pasrah dan berserah pada ALLAH SWT. Bagi saya, tiada apa yang mustahil jika diizinkan ALLAH SWT,” ujarnya.
Terdahulu, kisah Yaya yang berketinggian 118 sentimeter (cm) dan suaminya Muhammad Azri Zaidi menjadi tular di media sosial selepas mendirikan rumah tangga pada 18 Mac tahun lalu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://transformasi.pw/