Nabila Razali Kena Buat Kali Ke-2, Mohon Semua Doakan Kesembuhan Buatnya

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali memaklumkan dirinya dijangkiti Cov1d-19 buat kali kedua menerusi muat naik terkininya di Instagram.

Terpaksa Tangguh Kerja Dan Mohon Doakan Kesembuhan

Berita yang dikongsikan pelatun lagu popular Pematah Hati ini mengatakan, dirinya memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terkesan kerana terpaksa menangguhkan kerja selama 10 hari untuk jalani kuarantin.

Dalam pada itu, Nabila juga meminta doa daripada orang ramai agar mendoakan dirinya segera sembuh dan pulih seperti sedia kala dari serangan virus tersebut.

Foto – Instagram @nabila.razali

“Assalamualakum WBT.

Dukacitanya saya ingin memaklumkan bahawa saya telah dijangkiti v1rus #Cov1d19 buat kali yang ke-2 (Ya, kali kedua). Banyak kerja terpaksa saya tangguh/batal untuk 10 hari mendatang.

Saya ingin memohon maaf kepada pihak penganjur mahupun sesiapa yang terkesan dengan berita ini. Mohon doakan kesihatan saya kembali pulih seperti sedia kala.

Cov1d adalah benar dan ia ada di luar sana. Jaga keselamatan. Wasalam.” Tulisnya

Rakan Artis Dan Peminat Doakan Agar Cepat Sembuh

Melihat muat naik penyanyi tersebut di media sosial, ramai rakan kenalan artis dan peminat membanjiri ruangan komen dengan menitipkan doa agar Nabila kembali sembuh seperti sedia kala.

Foto – Instagram @nabila.razali

“Semoga cepat sembuh Bella”

“InsyaAllah ok!”

“Jaga diri sayang”

“Semoga sis kuat dan cepat sihat” komen mereka

Foto – Instagram @nabila.razali

“Semoga cepat sembuh dan jaga keselamatan @nabila.razali”

“Allah. Semoga cepat sembuh dan jaga keselamatan”

“Semoga cepat sembuh! Jaga keselamatan! Jaga diri kak Bella!”

“Semoga kak Bella sayang cepat sihat. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan urusan. Jaga diri kak Bella sayang” komen mereka lagi

Semoga Nabila Razali cepat sihat dan kembali pulih seperti sedia kala.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : muraimy

Leave a Reply

Your email address will not be published.