“Cantik tapi ser4m kalau orang tak tahu..” -Netizen samakan majlis kahwin dengan kampung bunian, tema semua putih!

Bukan mudah bagi menjayakan sebuah majlis perkahwinan dengan mengikut tema warna ditetapkan. Kadang kala, pasti ‘terselit’ ahli keluarga atau tetamu yang gagal memenuhi konsep tuan rumah.

Tapi, tidak bagi ahli keluarga dan tetamu jemputan sebuah majlis ini yang ‘mematuhi’ tema penampilan serba putih sekali gus dilihat menarik untuk dirakam oleh jurugambar, baru-baru ini.

Jurugambar tersebut, @fitrinruslee memuat naik sebuah video kompilasi memaparkan perjalanan acara majlis berkenaan sehingga ditonton hampir 800,000 kali dalam kalangan warganet.

Video

@fitrinruslee Tema colourfull❌ tema Putih ✅ #photography #weddingtiktok #tiktokmalaysia #fitrinruslee ♬ original sound – Fitrin Ruslee

Jika dilihat menerusi ruangan komen, rakaman berdurasi 38 saat itu dipenuhi pujian ramai yang kagum dengan ‘disiplin’ setiap individu dalam majlis tersebut dimana berjaya mengikut tema ditetapkan.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir warganet berseloroh menyamakan tema terbabit seperti perkampungan bunian yang sinonim dengan warna putih sehingga sukar mencari kelibat pasangan mempelai.

Pening nak cari pengantin!

Macam kat perkampungan bunian pula

Bukan senang semua nak seragam

Nasib kenduri rumah taman, kalau kat kampung?

Yang buat rewang, angan2 je pakai macam ni..

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : https://www.infoawam.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *