“Datuk Dah Berubah..” -Kongsi Video Ruang Makan, Ramai Puji Datuk Aliff Syukri Makin Rendah Diri

Walaupun sudah jarang melakukan kontroversi seperti dahulu, usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri masih lagi diingati oleh rakyat Malaysia.

Beliau akui sudah malu membuat perkara-perkara sensasi seperti dahulu memandangkan anaknya kini sudah meningkat dewasa.

Kongsi ruangan di rumah mewah

Namun, baru-baru ini, video Aliff Syukri mengeluh orang didalam rumahnya sukar mendengar apabila di panggil kerana rumah terlalu besar telah mencuri perhatian ramai.

Ramai yang tertanya-tanya besar manakah rumah usahawan itu sehingga jarak antara satu ruangan ke ruangan lain begitu besar.

@aliffsyukriterlajaklaris

Sedih sangat bila rumah dah terlalu besar ini pula jadinya 😭🤕🤕apa soalan korang nak tanya kat saya sila komen di bawah

♬ bunyi asal – Terlajaklaris

Susulan daripada itu, beliau telah menjawab beberapa persoalan netizen di ruangan TikTok @aliffsyukriterlajarlaris dengan berkongsi beberapa ruangan di rumahnya untuk menginspirasikan mereka yang melihat.

@aliffsyukriterlajaklaris Balas kepada @iwan_01111 nak tengok sangat.. saya tunjuk je untuk korang semua #fyp #fypシ ♬ original sound – Terlajaklaris

Makan lauk kampung je

Salah satu video yang menjadi perbualan ramai adalah rakaman yang dibuat pembantu perbadinya (PA) apabila berkongsi ruangan makan atau meja makan harian Aliff Syukri dan keluarga jika tidak ada tetamu.

Nampaknya meja makan yang digunakan sehari-hari sama seperti orang kebanyakkan dan beliau juga terlihat humble memakan lauk-lauk kampung.

@aliffsyukriterlajaklaris Balas kepada @nurainaalisya321 ♬ bunyi asal – Terlajaklaris

Susulan dari perkongsian itu, ramai yang tampil memuji perwatakan terkini usahawan berkenaan yang lebih rileks dan sempoi berbanding dahulu ketika bercerita mengenai ruangan di rumahnya.

Mereka juga berharap agar usahawan ini dapat mengekal sifat sebegini di masa hadapan kerana tidak membuatkan orang ramai meluat dengan cerita-cerita sensasi yang tiada kesudahan seperti sebelum ini.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : https://www.viralmy.me/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *