“Lama tak nampak bro” -Peminat Rakam Shuk Sahar Bersama Sorang Wanita Tapi Lain Pulak Yang Netizen Perasan

Sejak kontroversi berkenaan rumah tangganya menjadi perbualan netizen, nama Shuk Sahar kerap kali dipandang negatif. Kecurangannya terhadap isteri sering saja didedahkan di media sosial sehingga ramai yang sudah letih dengan drama rumah tangganya.

Namun begitu, setelah pelbagai cerita sensasi berkaitan pelawak tersebut dengan wanita lain bertebaran, isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera dikatakan tekad mahu berpisah walaupun beberapa kali Shuk dilihat cuba memujuk bagi memperbaiki hubungan.

Lama tak nampak bro?

Shuk juga seakan ‘hilang’ dari industri seni Tanah Air apabila media sosialnya tidak lagi aktif sejak penghujung tahun lalu.

Walau bagaimanapun, menerusi satu perkongsian yang tular sejak pagi tadi di aplikasi TikTok, seorang pengguna dikenali sebagai @xnurazli_ telah memuat naik video secara tidak sengaja terjumpa pelawak berkenaan.

Video

Masih tak serik2.

Shuk dilihat sedang lepak bersama seorang perempuan yang dipercayai wanita sama yang menjadi punca kontroversi-kontroversi sebelum ini.

Hal ini susulan tindakan ‘paparazi’ netizen yang mulai menjengah ke Instagram wanita itu bagi melihat sama ada baju dan tudung yang dipakai sama seperti gambar yang pernah di post sebelum ini.

Memang ramai la stalk IG perempuan tu nak tahu tudung sama ke tidak

Susulan daripada perkongsian tersebut, rata-rata netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai di ruangan TikTok @xnurazli_ dengan mempersoalkan tindakan Shuk yang tetap curang walaupun ada ura-ura mengatakan yang dia cuba berbaik dengan isteri.

Kerusi Tiga Lapis.

Tak hanya itu, netizen turut mempersoalkan tindakan wanita di hadapannya yang duduk di atas tiga buah kerusi seperti yang sering dilakukan kepada kanak-kanak yang tidak sampai untuk makan diatas meja berikutan meja tersebut terlalu tinggi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://liveconnection24.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published.